Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Whatsapp vs Telegram vs Signal. Mana satu pilihan anda?

Whatsapp vs Telegram vs Signal. Mana satu pilihan anda?

WhatsApp telah menghadapi banyak kecaman sejak melancarkan kemas kini polisi privasi yang baru. Pemilik Syarikat Facebook telah mendapat reaksi balas oleh beberapa pengguna kerana masalah privasi yang tidak selamat lagi digunakan oleh pengguna Whatsapp. Adakah Signal dan Telegram cukup baik untuk menggantikan WhatsApp?. Berikut merupakan perbandingan mendalam antara tiga aplikasi pemesejan paling popular pada abad ini.


WhatsApp mengemas kini dasar Privasi yang membolehkan syarikat milik Facebook lain mengakses data pengguna WhatsApp. Walaupun Facebook selalu diragui dengan penyalahgunaan data pengguna, dasar privasi Whatsapp yang baru menimbulkan banyak persoalan mengenai keselamatan dan privasi datanya. Walaupun aplikasi alternatif WhatsApp disukai untuk keselamatan yang lebih baik, adakah aplikasi tersebut cukup layak untuk dijadikan aplikasi pesanan sosial harian anda? Adakah Telegram dan Signal dapat menyaingi Whatsapp yang semakin dicurigai ciri-ciri keselamatannya.

Whatsapp

WhatsApp kini merupakan perkhidmatan pesanan terbesar di dunia dengan lebih dari 2 billion pengguna aktif bulanan. Telegram mempunyai sekitar 400 juta pengguna, sementara Signal mempunyai sekitar 20 juta pengguna aktif bulanan. Walaupun WhatsApp yang paling kerap digunakan khususnya di Malaysia, kita tidak menafikan bahawa populariti Telegram dan Signal kini semakin meningkat.

WhatsApp mempunyai semua yang anda perlukan di perkhidmatan pesanan sosial termasuklah ciri-ciri pembayaran dalam aplikasi yang baru. Anda boleh membuat satu Group Chat yang boleh diisi sehingga 256 ahli. Anda boleh menghantar mesej ke beberapa kenalan, menyokong panggilan suara dan video, sama ada secara individu ataupun kepada Group chat. Ciri-ciri lain adalah berikut:

  • Membuat video call dalam group (8 orang sahaja dalam satu masa)
  • WhatsApp Status feature (ia dipanggil WhatsApp stories)
  • Whatsapp membenarkan anda berkongsi apa-apa jenis file ataupun dokumen (sehingga 100MB)
  • Gambar-gambar, video dan file audio anda boleh berkongsi sehingga 16 MB.
  • Anda boleh berkongsi “live location” dan lokasi sesuatu tempat kepada kenalan anda
  • Boleh backup and restore mesej dan semua data menggunakan “cloud services” seperti Google Drive and iCloud.
  • WhatsApp menggunakan enkripsi end-to-end (E2E) untuk komunikasi: mesej, panggilan video, panggilan suara, foto dan apa sahaja
  • WhatsApp menggunakan protokol E2E yang dikembangkan oleh Open Whisper Systems, sama seperti Signal.

Telegram

Telegram menawarkan sokongan kepada satu “Group” sehingga 200,000 ahli. Terkenal dengan “Group” yang amat besar jumlah ahlinya, Telegram menawarkan pelbagai ciri khusus kumpulan seperti bots, polls, kuiz dan hashtag. Antara lain, ciri-ciri istimewa yang ada pada Telegram ialah:

  • Boleh guna dua akaun Telegram dalam telefon yang sama: Syaratnya anda perlu ada mempunyai dua nombor pada telefon pintar anda. Dalam Telegram anda boleh mempunyai lebih dari 1 akaun menggunakan handphone yang sama (maksimum 4 akaun). Dengan syarat, nombor berbeza.
  • Terdapat fungsi “secret chat”: Secret chat tidak boleh diforward dan di screenshot. Apabila anda delete secret chat, mesej pada kedua-dua hp, penulis & penerima akan dipadam. Sangat berguna jika anda tak mahu mesej anda diforward, disalahgunakan atau diviral. Lagi satu, secret chat adalah terikat kepada hp yang anda gunakan untuk memulakan/terima kali pertama chat tersebut.
  • Self-destruct message. Jika anda menggunakan fungsi secret chat, anda juga boleh aktifkan fungsi ‘Self-destruct message‘. Anda perlu set masa yang anda inginkan. Sebagai contoh, anda set 1 minit dan ia akan terhapus pada kedua-dua telefon dalam masa yang akan tentukan.
  • Terdapat fungsi Channel: Channel pula adalah sesuai untuk broadcasting. Ia tiada limit member (subscriber) iaitu seberapa ramai orang boleh join channel tersebut.
  • Boleh menghantar file yang besar: Telegram boleh menghantar dan menerima sebarang jenis fail sehingga saiz 1.5GB.
  • Membolehkan seseorang itu membaca mesej yang lama: Apabila seseorang itu baru join sesuatu group, mereka boleh membaca mesej-mesej lama yang terdapat pada group tersebut.
  • Mempunyai fungsi “NightMode”

Signal

Signal merupakan aplikasi yang terbaru yang mirip kepada Whatsapp. Ia menawarkan pemesejan, suara, dan panggilan video yang selamat dengan end-to-end encryption . Anda boleh membuat “Group chat”, tetapi tidak dapat broadcast messages tersebut ke beberapa kenalan dalam satu masa. Ciri-ciri lain adalah:

  • Menyokong self-destructing messages
  • Mempunyai “Note to self” tanpa membuat Group chat
  • Mempunyai Signal Desktop boleh berfungsi tanpa membuka aplikasi Signal di telefon anda.
  • Boleh menghantar dan menerima apa bentuk file sehingga 100mb.
  • Signal tidak mengumpulkan data penggunanya.
  • Komunikasi pada Signal dienkripsi secara end-to-end, yang bererti hanya pengirim dan penerima yang boleh melihat mesej yang dihantar

Menurut sumber, Signal mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih selamat berbanding Whatsapp dan Telegram. Berikut adalah senarai data yang dikumpulkan oleh setiap aplikasi pesanan daripada pengguna mereka:

Koleksi data Whatsapp

  • Device ID
  • User ID
  • Advertising Data
  • Purchase History
  • Coarse Location
  • Phone Number
  • Email Address
  • Contacts
  • Product Interaction
  • Crash Data
  • Performance Data
  • Other Diagnostic Data
  • Payment Info
  • Customer Support
  • Product Interaction
  • Other User Content

Koleksi Data Telegram

  • Contact Info
  • Contacts
  • User ID

Koleksi Data Signal

  • Tiada
  • Hanya simpan pada telefon pintar anda

Kredit: Track.in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram