Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Tips Rumah Tangga Bahagia

Tips Rumah Tangga Bahagia

“Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Buang yang keruh, ambil yang jerneh. Baru teguh peribadi,” terngiang betul pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam cerita Tiga Abdul ini.

Rangkap ini cukup halus, berseni serta penuh dengan mesej yang ‘evergreen’ sepanjang zaman.

Ia sentuh bab perkahwinan. Banyak pahit manis yang pasti di lalui.

Kebanyakkannya kes suami curang lah.

Tapi tenang dulu ya.

Apa yang disampaikan ini, cinta dan penghormatan sahaja tidak cukup. Perkahwinan ini meliputi segala macam perkara.

Pentingnya dalam alam perkahwinan ini adalah:

1. Berkomunikasi secara kerap dan jelas. Bawa berbincang dengan pasangan adalah salah satu cara terbaik untuk jaga perkahwinan tu.

Jadilah pendengar setia setiap masalah yang dihadapi. Susah senang kita lalui bersama! Biar dia fahan yang kita serius dengan mereka.

2. Hargai pasangan anda.

Kasitahu pasangan bahawa anda sangat bersyukur kerana ada dia dalam hidup ini.

Bagilah penghargaan. Seperti buat kerja sama-sama. Sediakan masakan sedap dan kesukaannya, tolong buat kerja rumah dan jaga anak bersama.

Tak perlu rasa malu untuk beritahu pasangan betapa anda sangat bersyukur mendapat dia. Tengok reaksinya bagaimana. Sungguhpun kalau muka dia takda perasaan tapi dalam hatinya tetap ada taman.

3. Dating bersama pasangan.

Why not sis? Macamana kalian jatuh cinta berlari di tepi pantai dulu, apa kata ulang semula apa yang kalian buat tu.

Pergilah makan candle light dinner ke, tengok wayang atau apa sahaja aktiviti berdua. Tentang anak-anak, hantarlah kejap ke rumah pengasuh. Paling susah pun pastikan ada masa berdua sekali sebulan.

Ini sangat penting untuk tambah erat hubungan suami isteri. Hanya kita berdua, fantasia bulan madu.

4. Jujur dan amanah dalam perkahwinan.

Ini benda teramat penting dik. Janganlah berahsia sangat.

Hidup ini kalian dah berkongsi sampai syurga nanti. Jadi kongsilah apa sahaja.

5. Beri masa “Me-Time” kepada pasangan.

Jangan kongkong pasangan kalian. Dia nak main bola ke, biarkan. Tak salah beri pasangan untuk buat aktiviti yang dia suka. Selagi tak salah etika. Semua tu kalian kena sokong minatnya.

Lagi best, dapat join sekaki dia punya aktiviti. Barulah hidup semanis kurma.

6. Belajar untuk memaafkan.

Semua orang buat silap dik. Memaafkan kesalahan orang terhadap kalian, akan buat hidup jadi lagi tenang dan aman damai. Tak usah berdendam atau saling mengungkit.

Paling terbaik, bila kalian boleh cakap tentang maaf ni sebelum tidur. Kata begini, “saya minta maaflah kalau dalam sehari ini saya terlebih bebel. Termarah itu, terkecilkan hati abang.

Dan saya pun dah maafkan salah silap abang seharian ni.”

Macam itulah. Confirm tidur lena. Laki kalian pun makin bersemangat cari rezeki esok hari.

Kredit: Suzy Honey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram