Tips mudah menulis di wall masing-masing

Penulisan ilmiah adalah sangat penting kepada semua orang kerana ia adalah satu platform untuk berinteraksi antara satu sama lain. Penulisan perlulah mempunyai ilmu pengetahuan tentang sesuatu dan dapat menggunakan bahasa yang baik, mudah difahami oleh pembaca.

Kali ini, kami ingin kongsikan tips mudah menulis di wall masing-masing menurut pakar penulis konten, En Khairul Hakimin Muhammad.

Antara tips nya adalah:

1. Tulis dengan ejaan betul tanpa kesilapan, tanpa singkatan, tanpa perubahan ejaan.

  • Mudah difahami oleh pembaca
  • Perlulah ejaan yang betul tanpa menggunakan bahasa yang baku dan ayat yang skema.
  • Haruslah merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melihat ejaan sebenar.

2. Menulis dengan memberi impak positif.

  • Apabila orang baca, orang akan faham
  • Apabila orang baca, orang boleh tiru / boleh buat juga.
  • Apabila orang baca, orang boleh beli terus. Sediakan semua maklumat terus.

3. Menulis tanpa elemen atau unsur tergantung.

Maksudnya, cara penulisan kita perlulah difahami oleh pembaca dengan bahasa yang mudah difahami.

4. Pegang 5 matlamat menulis ini:

  • Untuk didik orang (to educate)
  • Untuk hebahan (to inform)
  • Untuk inspirasi (to inspire)
  • Untuk menghibur (to entertain)
  • Untuk mendapatkan duit (to moneytize – hard sell atau soft sell).

Jika tidak termasuk dalam 5 matlamat ini, jangan tulis posting. Simpan dalam hati sahaja.

Bagaimana? Mudah kan?

Kredit : Khairul Hakimin Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram