Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Tips Memperoleh Kebahagiaan Daripada Sahabat Nabi SAW, Saidina Abdullah Bin Amr bin Al-Ash RA

Tips Memperoleh Kebahagiaan Daripada Sahabat Nabi SAW, Saidina Abdullah Bin Amr bin Al-Ash RA

Pada zaman Rasulullah SAW, ada sahabat baginda yang bernama Abdullah bin Amr bin Ash iaitu dikenali sebagai ahli ibadah. Beliau lahir dari Bani Sham yang secara kedudukan terpandang dikalangan Quraisy. Dibesarkan dalam kalangan keluarga kaya raya.

Sejak awal, Abdullah telah memfokuskan dirinya terhadap Alquran. Setiap kali turun ayat, maka beliau terus menghafalkan dan berusaha untuk memahaminya. Setelah semuanya selesai dan ayat-ayat di dalam Alquran sempurna, beliau telah mengkhatamkannya dengan baik. Sebab itu beliau digelar ahli ibadah. Itu adalah serba sedikit latar belakang beliau.

Melalui kata-katanya, 5 keadaan yang sesiapa berada di dalamnya pasti mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Pertama : setiap masa dia menyebut kalimah

لَا إِلَه إِلَّا اللّه ، مُحَمَّد رَسُولُ الله
(Tiada Tuhan melainkan Allah, Saidina Muhammad Pesuruh Allah)

Kedua : setiap kali ditimpa musibah dia akan mengatakan

إنا لله وإنا إليه راجعون
(Sesungguhnya kami/kita ini milik Allah, dan kepadaNya kami/kita akan kembali)

Ketiga : di saat menerima nikmat, dia mengucapkan

الحمدلله رب العالمين
(Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam)

Keempat : ketika memulakan apa² pekerjaan, dia akan membaca

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi)

Kelima : jika dia terjatuh melakukan dosa, dia akan meluahkan

أستغفر الله العظيم وأتوب إليه
(Aku memohon keampunan Mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Dan kepadaNya aku bertaubat).

Tips ini ringkas tapi ia mengandungi panduan yang sangat berharga. Jika kita perhatikan, kunci kebahagiaan itu hanya satu. Iaitu, walau apa pun keadaannya, hati kita mesti kembali ingat kepada Allah SWT Tuhan yang menciptakan kita dan menentukan segala-galanya. Lisan kita juga perlu mengucapkan lafaz-lafaz yang baik yang membantu ingat kita terhadap Allah SWT. Apa jua keadaan sekali pun, kita berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Wallahualam.

Kredit : Ibn L-Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram