Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Selalu Kita Lihat Bijan Pada Makanan,Tapi Tahukah Kita Dari Mana Asalnya Bijan?

Selalu Kita Lihat Bijan Pada Makanan,Tapi Tahukah Kita Dari Mana Asalnya Bijan?

Penggunaan bijan dalam masakkan melayu memang tidak asing lagi untuk kita semua. Banyak makanan yang menggunakan bijan tidak kira sama ada menggunakan biji bijan atau pun minyak bijan, kedua-duanya adalah dari bahan yang sama iaitu bijan. Selalu kita lihat bijan di tabur di atas roti burger yang boleh menambahkan lagi selera kita terhadap burger tersebut. Tidak kurangnya juga, penggunaan bijan dalam masakan melayu yang di letak pada kuih-kuih tradisional, biskut dan sebagainya .

Tidak boleh di nafikan lagi bijan ini memang sinonim dengan kita semua, tapi tahukan kita dari mana asalnya bijan ini, dan apakah khasiatnya? Disini kami kongsikan kepada kalian semua.

Asal Bijan

Bijan atau nama lain sesame seed yang kita selalu jumpa bila makan burger kuih tradisional melayu atau makanan jepun. Namanya diambil dari bahasa Latin iaitu sesamum yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu sesamon.

Pokok ini berasal dari benua Afrika serta India merupakan  tumbuhan pertama yang digunakan oleh manusia untuk kegunaan sebagai minyak masak. Banyak khasiat yang terkandung dalam bijan ini antaranya ia mengandungi mineral yang mampu mencegah rheumatoid arthritis, memberi kekuatan kepada sistem pernafasan dan peredaran darah. Ia mengandungi bahan sesamin dan sesamolin yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan dan mengelakkan tekanan darah tinggi.

Pokok Bijan ini banyak ditanam di negara afrika serta beberapa negara asia seperti China, Myanmar (Pengeksport terbesar dunia) dan India. Bijan juga terkenal sebagai Survivor Crop kerana boleh tumbuh di mana-mana tempat, tidak memerlukan penjagaan rapi oleh petani, malah boleh ditanam di pinggir kawasan gurun.

KHASIAT BIJAN:

1. Sumber serat yang bagus

Tiga sudu biji bijan (30 gram) mempunyai 3.5 gram fiber, iaitu 12% daripada pengambilan serat harian yang disarankan. Serat sangat penting dalam membantu melawaskan sistem pencernaan manusia.

2. Boleh mengurangkan tahap kolesterol

Pengambilan biji bijan secara terkawal dan berpatutuan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Hal ini sangat bagus kerana ia mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

3. Sumber berkhasiat bagi mendapatkan protein yang berasaskan tumbuhan

Bagi biji bijan yang tidak diproses, 30 gram daripadanya mengandungi sebanyak 5gram protein. Hal inisangat berguna bagi mereka yang kekurangan protein di dalam diet mereka atau yang mengamalkan diet tanpa daging.

4. Mengurangkan tekanan darah

Biji bijan mempunyai kandungan magnesium yang dapat membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi.

5. Membantu sistem imunisasi anda

Biji bijan merupakan sumber kepada beberapa nutrien yang bagus dalam menguatkan sistem imunisasi badan kita. Antaranya adalah zink, selenium, zat besi dan vitamin B6 dan E.

Ternyata bijan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita semua. Moga dengan perkongsian ini dapat memberikan kita ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan pada masa mendatang.

Kredit: sinar.my, rasa.my

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram