Template Menarik Pada Power Point

Power point adalah salah satu program ciptaan microsoft corporation, yang termasuk didalam microsoft office. Berbeza dengan microsoft word dan exel, Microsoft power point lebih cenderung, mudah dan tidak terlalu susah untuk dipelajari. Kebiasaannya ia digunakan oleh guru-guru, murid-murid dan para pekerja untuk mempersembahkan apa yang mereka ingin bentangkan dalam bentuk visual.

Power point yang cantik mampu menarik “audience” untuk sentiasa fokus apa yang kita persembahkan. Kali ini, kami ingin kongsikan template yang cantik dan cara penggunaannya.

Pertama sekali, anda perlulah mempunyai microsoft power point pada windows anda. Kemudian, anda perlu layari https://slidesgo.com/ untuk terus pergi ke laman web tersebut. Jangan risau, template yang akan anda download adalah percuma.

Perhatikan gambar di atas, anda perlu log in dahulu sama ada pakai akaun gmail ataupun akaun Facebook anda. Dua-dua boleh. Setelah itu, ia akan keluar pop’up untuk anda pilih. Anda “tick” semua pun boleh.

Setelah itu, anda boleh memilih template yang sesuai untuk “presentation” anda. Jangan risau, ia adalah percuma dan tidak perlu bayar.

Sebagai contoh, saya memilih template “back to school social media” dan tekan butang power point untuk anda muat turun. Saiz fail tidak terlalu besar sekitar 10 hingga 20 MB sahaja.

Setelah itu, anda boleh buka file tersebut dan ia akan terus kepada power point anda. “Edit” mengikut kekreatifan anda. Selesai.

Mudah sahaja. Jangan lupa kongsikan kepada orang ramai supaya mereka semua mendapat manfaat yang sama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram