Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Tatacara mandi wajib yang sah

Tatacara mandi wajib yang sah

Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani,
wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu diketahui oleh setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan.

Apakah sebab kita perlu mandi wajib?

  • Bersetubuh antara lelaki dan perempuan
  • Keluar air mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar darah haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Itu adalah sebab kenapa kita perlu mandi wajib. Untuk mandi wajib, ia ada tiga syarat sah. Jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka sahlah mandi wajib tersebut.

  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Bagaimana pula dengan niat untuk mandi wajib?

Niat untuk mandi wajib adalah mudah seperti ” Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala” ataupun ” Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”

Tatacara mandi wajib yang betul

Langkah Pertama : Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas.

Langkah Kedua : Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Langkah Ketiga : Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

Langkah Keempat : Niat dahulu sebelum mandi.

Langkah Kelima: Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

Langkah Keenam: Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

Langkah Ketujuh : Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk
menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Langkah Kelapan : Basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


Kredit: PPD Kota Tinggi








Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram