Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Sistem Ejen, Pentingkah Dalam Sesebuah Bisnes?

Sistem Ejen, Pentingkah Dalam Sesebuah Bisnes?

Antara cabaran terbesar yang bakal dihadapi ketika memulakan perniagaan ialah memahami dan menyelesaikan masalah pelanggan. Sebagai pemilik perniagaan, kita perlu memikirkan apakah produk yang sesuai untuk dijual yang benar-benar menyelesaikan masalah pelanggan.

Namun begitu, itu semua adalah sebahagian kunci keperluan pasaran dalam sesebuah bisnes. Faktor pertama yang kita perlu fikirkan iaitu bagaimana cara kita menjana pendapatan dengan sesuatu produk itu. Di sini model bisnes memainkan peranan.

Pada asasnya, model bisnes adalah perihal sesuatu entiti bisnes menghasilkan pendapatan. Ia adalah penerangan terperinci bagaimana anda memberikan nilai kepada pelanggan anda pada kos yang sesuai.

Terdapat pelbagai jenis model bisnes, contohnya affiliate, francais, pajakan, langganan dan banyak lagi.Semua yang dinyatakan itu terdapat kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita perlu tahu tidak semua jenis model bisnes tidak semestinya sesuai dengan bisnes yang anda lakukan. Jadi anda perlu bijak memilih model bisnes mana yang sesuai dengan bisnes yang anda jalankan.

Pada masa sekarang tidak kita online atau offline, model bisnes yang paling popular ialah sistem ejen. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ejen? Kenapa ia begitu popular di kalangan pengusaha produk? Di sini kami akan menerang sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan system ejen.

Dalam sistem ejen, anda buka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen kepada bisnes/produk anda. Tugas mereka adalah mempromosi dan menjual produk anda. Anda sebagai owner produk pula bertindak sebagai Headquarter (HQ) yang menyediakan kemudahan dan sokongan kepada ejen-ejen membuat promosi dan jualan.

Struktur asas sistem ejen adalah kombinasi beberapa atau semua elemen ini:

– Stokis

– Ejen

– Dropship

Contoh struktur (1)

HQ > Ejen (Single Layer)

Modal: Rendah

Inventori produk: Ejen perlu ambil stok daripada HQ pada kuantiti rendah.

Pengeposan produk: Ejen uruskan.

Komunikasi: Ejen berhubung terus dengan HQ.

Contoh struktur (2)

HQ > Dropship (Single Layer)

Modal: Tiada

Inventori produk: Dropshipper tidak perlu simpan stok.

Pengeposan: HQ uruskan pengeposan produk.

Komunikasi: Dropshipper berhubung terus dengan HQ.

Contoh struktur (3)

HQ > Ejen > Dropship (Dual Layer)

Ini adalah gabungan struktur (1) dan (2).

Contoh struktur (4)

HQ > Stokis > Ejen (Dual Layer)

Modal: Stokis – Tinggi. Ejen – Rendah.

Inventori produk: Stokis perlu mengambil stok yang banyak daripada HQ. Ejen pula dapatkan stok produk daripada stokis.

Pengeposan produk: Stokis dan ejen uruskan pengeposan produk.

Komunikasi: Stokis berhubung terus dengan HQ, manakala ejen berhubung dengan stokis. Tiada hubungan langsung antara ejen dan HQ.

Contoh struktur (5)

HQ > Stokis > Ejen > Dropship (Quadruple Layer)

Ini adalah gabungan struktur (1), (2) dan (3).

Contoh struktur (6)

HQ > Distributor > Master Stokis > Stokis > Master Ejen > Ejen > Dropship (Complex)

Struktur ini adalah gabungan semua struktur (1) hingga (5) namun sedikit berbeza pada bahagian komunikasi kerana wujudnya satu lapisan baru iaitu ‘distributor’. Tiada komunikasi berlaku antara HQ dan semua lapisan di bawah distributor. Hanya distributor saja yang akan berhubung dengan HQ.

Gambaran diatas hanyalah beberapa contoh struktur system ejen. Terdapat banyak lagi struktur lain dengan bermacam-macam variasi pengurusan inventori produk, pengurusan ejen dan komunikasi antara lapisan. Kesesuaian struktur sistem ejen bergantung kepada keperluan bisnes anda. Semakin banyak lapisan dalam sistem ejen, mungkin semakin rumit cara menguruskannya.

Harga produk merupakan faktor utama yang mempengaruhi struktur sistem ejen. Kegagalan menetapkan harga produk yang munasabah boleh menyebabkan sistem ejen gagal dan melumpuhkan bisnes anda. Harga produk yang munasabah ialah harga yang dikira berdasarkan kajian dan analisa yang teliti supaya harga produk sesuai untuk syarikat, menarik untuk sistem ejen dan relevan kepada pengguna.

Kelebihan sistem ejen terutama yang menggunakan struktur (1), (2) dan (3) mampu menarik perhatian ramai orang untuk menjadi ejen kerana mereka berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan modal yang sangat rendah atau tiada modal langsung.

Jika sistem tersebut  diuruskan dengan baik dan teratur, sistem ejen memberikan pulangan modal yang cepat dan untung yang mudah. Stok produk juga susut dengan pantas. Ditambah pula dengan pemberian insentif kepada ejen-ejen berprestasi cemerlang, maka pendapatan bisnes mampu berubah berlipat kali ganda.

Namun jika sebaliknya, HQ bakal berdepan dengan masalah-masalah seperti pengurusan stok produk yang cacamarba, komunikasi yang bercelaru, sabotaj harga jualan produk, ejen yang tidak komited, ejen ‘newbie bisnes’ dan macam-macam lagi masalah pengurusan dan operasi bisnes yang lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram