Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Simpanlah Emas Dengan Matlamat Yang Betul

Simpanlah Emas Dengan Matlamat Yang Betul

Emas merupakan sesuatu eset penting yang harus dimiliki oleh seseorang individu. Ia bukanlah satu kewajipan tetapi menjamin kewangan anda pada masa hadapan. Simpanan emas berbeza dengan simpanan duit kerana ia akan mengubah mindset kita ke arah pelaburan.

Simpan emas sentiasa buat kita beringat dengan zakat. Belum beli emas lagi orang kita sudah takut kerana pemilikan emas haruslah membayar zakat. Sedangkan duit kita, simpanan kita dalam akaun pun boleh dikenakan zakat.

Apa itu emas?

Emas adalah satu unsur logam dengan nombor atom 79 dan simbol Au. Manakala emas nama datang daripada satu bahasa inggeris Lama beerti warna kuning, simbol itu datang daripada huruf latin aurum, yang bermaksud “subuh berkilat”. Simpan emas automatik kita mempunyai aset sendiri selain rumah dan tanah. Kebaikan memiliki emas ini ialah ia adalah aset paling mudah cair. Apabila kita jual atau pajak boleh terus dapat duit.

Apakah matlamat utama untuk memiliki emas?

  1. Pendidikan anak

    Selain daripada diri sendiri, anak-anak juga perlu mempunyai emas sendiri untuk simpanan akan datang. Jadilah ibubapa yang merancang masa depan anak-anak kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan sekurang-kurangnya kita bersedia. Khususkan emas itu sebagai pendidikan anak-anak. Jika 10 tahun akan datang, anda tidak perlu risau tentang kejatuhan wang ringgit kerana anda memiliki emas.

  2. Aset simpanan

    Simpanan emas merupakan satu aset selain daripada rumah dan tanah. Apa salahnya jika kita membeli emas untuk masa depan kita dan keluarga walaupun kita ada simpanan lain seperti KWSP, ASNB dan Tabung Haji.

  3. Pergi Haji

    Impian setiap orang muslim adalah melengkapkan rukun islam yang ke-5 iaitu mengerjakan ibadah Haji ke Mekkah. Dengan adanya simpanan emas, anda boleh menjadikan emas sebagai platform bagi menggantikan wang ringgit kerana penyimpanan emas dalam jangka masa panjang akan menjadikan nilainya semakin tinggi.

  4. Persaraan

    Selain daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP), simpanan emas boleh juga dijadikan sebagai wang persaraan. Jadi, jika anda memiliki emas, anda mempunyai dua platform emas dan KWSP untuk hari tua.

  5. Beli rumah

    Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap keluarga. Selain daripada simpanan wang ke dalam bank, simpanan emas juga boleh membantu anda menjadikan ia sebagai deposit rumah. Mudah kan jika kita memiliki emas?

  6. Emas kahwin

    Selain daripada matlamat yang dinyatakan di atas, emas juga boleh dijadikan mas kahwin. Mas kahwin tidak semestinya berbentuk wang. Ia juga boleh berbentuk emas. Jadi, para lelaki yang masih bujang bolehlah perlahan-lahan beli emas sebagai mas kahwin untuk pasangan anda.

Kredit: sayangemas.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram