Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Sila Ambil Peduli Jika Kepala Anak Terhantuk

Sila Ambil Peduli Jika Kepala Anak Terhantuk

Tanggungjawab menjadi ibubapa amatlah besar sekali bukan sahaja memastikan anak anda cukup makan, malah keselamatan dan kesihatan anak-anak juga adalah tanggungjawab mereka bersama. Jika, anak-anak kecil mereka kepalanya terhantuk, apa tindakan yang ibubapa perlu buat?. Kali ini kami ingin kongsikan tips daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang tindakan yang perlu diambil oleh ibubapa jika anak kecil mereka kepalanya terhantuk pada objek yang keras.

Mohon ingat perkara ini dengan baik.

Lebam pada tempat hentakkan: Ini adalah kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari (salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar dan berwarna sangat gelap, bawalah pergi jumpa doktor. Khuatir berlaku Hematoma, pendarahan dibawah kulit.

Luka pada tempat hentakkan: Jika ternampak darah, periksa saiz luka tersebut. Jika luka terbabit lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa segera berjumpa dengan doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap pada luka terbabit. Tidak perlu bersihkan secara berulang kali kerana darah akan terhenti jika kita tekap luka.

Retak : Jika nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika anda tidak pasti, bawalah berjumpa dengan doktor.

Menangis tidak terhenti (Inconsolable cry): Jika anak kecil (kurang dari 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala ini berpanjangan kemungkinan akibat kecederaan otak. Jika berlaku demikian, bawalah pergi berjumpa dengan doktor.

Anak-anak akan menangis tanpa henti kerana kesakitan pada kepala

Pandangan kabur: Bahagian otak yang memproses penglihatan terletak dibahagian belakang kepala. Jika terhantuk dibahagian belakang kepala, dan selepas itu pandangan menjadi kabur, kemungkinan ada kecederaan dibahagian otak. Jadi, bawalah pergi berjumpa dengan doktor.

Pengsan: Jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kecederaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran (consussion), lebam (contusion), atau pendarahan.

Muntah: Kadang-kadang setelah terhantuk, anak akan termuntah. Jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan pada otak. Muntah-muntah ini disebabkan tekanan dalam otot meningkat. Jadi, bawalah pergi jumpa doktor.

Sawan: Ini adalah salah satu berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir menjadi biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak dan lain-lain simptom. Jika berlaku salah satu simptom, bawalah pergi jumpa doktor.

Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom-simptom yang dikongsikan tadi kadang-kala tidak terjadi serta-merta selepas terjatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 10-15 minit dan diulang 3 kali sehari.

Nasihat terakhir, jika anak terjatuh, buatlah keputusan melalui naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, bawalah terus berjumpa dengan doktor. Jadilah ibubapa yang sentiasa berwaspada, bukan mengambil ringan tentang sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan dan kesihatan anak-anak.

Kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram