Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Sekolah Telah Dibuka Semula. Patuhilah S.O.P Untuk Kebaikan Bersama.

Sekolah Telah Dibuka Semula. Patuhilah S.O.P Untuk Kebaikan Bersama.

Pada 1 Mac 2021, pihak KPM telah memutuskan untuk membuka sekolah semula bagi semua sekolah di Malaysia secara berperingkat. Pembukaan semula sesi persekolahan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti dengan Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.

Bagi sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri lain seperti Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Perlis serta Sabah dan Sarawak pada 5 April 2021.

Pembukaan semula sekolah amatlah dinanti-nantikan oleh ibu bapa penjaga kerana ramai diantara mereka merungut tentang pembelajaran online. Anak-anak kurang fokus serta tidak mampu memberi tumpuan 100% terhadap pembelajaran. malahan, ibu bapa juga terpaksa mengeluarkan banyak kos untuk membeli laptop membolehkan pembelajaran online berjalan dengan lancar.

Jadi, pihak pentadbiran sekolah perlu menyediakan beberapa prosedur tetap operasi atau S.O.P bagi tangani penyebaran wabak covid-19 agar tidak berjangkit secara berleluasa. Apakah tindakan yang perlu dibuat?

  1. Jika kurang sihat, tidak perlu hadir ke sekolah

    Anak-anak dan guru-guru ataupun kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah jika berlaku seperti demam panas, batuk dan selsema. Kebarangkalian kejangkitan amat tinggi jika anda sakit kerana ketika itu sistem imunisasi badan kita amatlah lemah.

  2. Menyusun meja mengikut jarak 1 meter

    Sop setiap kelas yang telah ditetapkan oleh KPM ialah perlu mengikut keluasan setiap kelas tersebut. Jika kelas itu mempunyai keluasan yang besar, kuantiti yang perlu sebanyak 20 orang sahaja pada satu waktu.|

  3. Kerap membasuh atau membersihkan permukaan yang sentiasa disentuh.

    Permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, pemegang tangga, meja, kerusi dan permukaan yang terdedah perlu di sanitize selepas sesi sekolah habis atau sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Anda juga digalakkan kerap membasuh tangan dan setiap orang harus ada handsanitizer spray sendiri.

  4. Jaga jarak fizikal 1 meter di kantin

    Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di kantin sekolah.Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.

  5. Menyediakan bilik isolasi untuk murid yang bergejala.

    Untuk melihat bagaimana bilik isolasi yang sebenar, anda boleh lihat disini

  6. Segala sukan dan aktiviti kokurikulum dihentikan seketika

    Aktiviti sukan tahunan perlu ditangguhkan seketika atas dasar keselamatan murid-murid. Ini bagi membendung penularan wabak covid-19 daripada tersebar luas.

  7. Penggunaan pita pelekat untuk penanda penjarakkan fizikal

    Apa yang telah dititikberatkan oleh kerajaan sebelum ini, penjarakkan fizikal amatlah penting bagi mengurangkan kadar jangkitan antara satu sama lain. Pihak sekolah perlu menyediakan penanda jarak 1 meter setiap lokasi yang kebarangkalian tinggi sesorang itu berkumpul seperti bilik darjah, bilik guru, kantin dan tandas.

  8. Menyediakan laluan masuk dan keluar 1 hala.

    Perlu buat demikian agar tidak berlaku pertembungan antara satu sama lain.

  9. Menyediakan tong sampah yang bertutup

  10. Menyediakan sabun ataupun handsanitizer yang mencukupi

    Sekarang, handsanitizer adalah benda wajib yang perlu ada pada setiap tempat. Disekolah pula, penyediaan handsanitizer di setiap kelas, bilik guru, surau dan tandas harus diletakkan dan memastikan setiap murid selalu menggunakannya setelah memegang permukaan yang terdedah.

Kesimpulannya, pematuhan SOP di kawasan sekolah perlulah dititikberatkan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Peranan ibu bapa juga perlu diambil kira agar anak-anak sentiasa bersedia memakai facemask atau pun faceshield sebelum sampai ke sekolah. Kita belum menang. Walaupun angka positif makin berkurang, ia belum tentu wabak covid-19 akan hilang.

Kredit: hellodoktor.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram