Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Sejarah Perayaan Halloween. Adakah Umat Islam Boleh Menyambutnya?

Sejarah Perayaan Halloween. Adakah Umat Islam Boleh Menyambutnya?

Perayaan Halloween pada malam 31 oktober yang disinonimkan dengan tema ahli sihir, hantu dan menakluk jahat yang hodoh adalah satu perayaan yang menjadi trend hampir ke seluruh dunia. Mungkin di Malaysia terkecuali, namun di negara barat mereka menganggap itu adalah festival tahunan yang wajib disambut.

Apakah simbolik sebenar disebalik perayaan ini? Adakah ia adalah festival hanya untuk bersuka ria semata-mata.

Sejarahnya bermula sejak abad ke 5M, terdapat satu tradisi dan kepercayaan bangsa Celtic di Eropah Timur, sekarang dikenali Ireland, United Kindom dan Utara Perancis dimana mereka memiliki perayaan Samhain pada setiap akhir bulan oktober.

Bangsa Celtic mempercayai pada perayaan Samhain, roh dan hantu akan bertebaran di dunia, ia hampir sama seperti kepercayaan masyarakat cina pada perayaan Hantu Lapar dan perayaan Hindu bali pada perayaan Hari Nyepi.

Perayaan Samhain ini adalah merupakan perayaan Paganisme yang mana pada hari tersebut para dukun mereka akan membina api unggun suci yang besar di mana orang ramai berkumpul untuk membakar sebahagian tanaman dan haiwan sebagai korban kepada dewa-dewa Celtic. Semasa perayaan tersebut, orang-orang Celtic memakai kostum yang biasanya terdiri daripada kepala dan kulit binatang dan berusaha untuk memberitahu hajat dan doa harapan masing-masing.

Perayaan ini dilakukan dengan mengelilingi unggun api yang besar : Imej dari https://thewildgeese.irish

Menjelang tahun 43M, kerajaan Rom telah menakluk sebahagian besar wilayah Celtic. Selama 400 tahun mereka memerintah tanah Celtic.

Pada 13 Mei tahun 609 M, Paus Boniface IV menetapkan hari menghormati semua orang Kristian yang mati berperang kerana agama di Rom. Paus Gregory lll kemudian memperluaskan festival ini untuk merangkumi semua orang suci serta semua orang yang mati kerana agama dan memindahkan perayaan itu dari 13 Mei sehingga 1 November.

Pada tahun 1000 M, gereja mula merayakan hari All Souls’ Day pada 2 November bagi memperingati dan menghormati orang mati. All Souls’ Day dirayakan sama dengan perayaan Samhain dengan memperagakan unggun api yang besar, perarakan dan berpakaian kostum sebagai orang suci, malaikat dan syaitan. Perayaan itu mula disebut sebagai All-Hallows Eve dan akhirnya menjadi Halloween.

Amalan ini turut tersebar di Amerika Syarikat dalam bentuk hiburan, fiksyen dan fesyen dengan gambaran suatu perayaan yang menyeronokkan. Kini, perayaan ini dianggap sebagai satu festival sahaja yang tidak ada kaitan dengan kepercayaan agama.

Kanak-kanak memperagakan kostum mereka sempena menyambut perayaan Holloween.

Anak-anak muda islam juga tidak kurang mula menyambut perayaan ini. Ingatlah sesuatu perayaan itu adalah simbolik mengangkat sesuatu syiar dan berbangga dengannya. Sebagai seorang muslim tidak ada kebanggaan untuk syiar yang kufur. Malah, ia menjadi suatu dosa bagi Kita.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

Kredit: Research & Development Multiracial Reverted Muslims.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram