Sejarah Dan Asal – Usul Tahun Baru Cina

Ramai yang bertanya, apakah itu tahun baru cina? dan adakah sebagai seorang muslim, kita boleh meraikannya? dan jika boleh, apakah pantang larang yang perlu kita ikut? Begitu banyak persoalan yang timbul yang kami akan kongsikan dalam artikal ini.

Sebenarnya, jika kita tengok pada sejarah, ia tidak ada satu tarikh yang khusus bilakah perayaan tahun baru cina ini bermula. Ada yang mengatakan ia bermula pada tahun 200 atau 400 sebelum masihi.

Sejarah dan asal-usul tahun baru cina

Metadologinya, peristiwa tahun baru cina ini asalnya dikatakan dahulunya di sebuah perkampungan di negara cina, ada seekor raksasa yang bernama Nian. Raksasa tersebut suka datang menganggu penduduk penduduk di situ dan ada kalanya ia menjadikan penduduk kampung tersebut sebagai makanan. Kedatangan raksasa tersebut dijangka semasa pertukaran musim kepada musim bunga. Namun pada tahun berikutnya,telah lahir idea daripada penduduk kampung untuk menghalau raksasa terbabit dengan membakar mercun dan mewarnakan semua disekeliling rumah berwarna merah serta berpakaian serba merah. Dipercayai raksasa tersebut takut kepada warna merah.

Setelah mereka berbuat demikian, raksasa tersebut tiada lagi datang dan membuat kekacauan terhadap perkampungan itu. Dari situ, bermulanya tradisi masyarakat cina mereka meraikan Quan Yu Nian yang bermaksud, Nian telah pergi. Raksasa tersebut telah pergi dan tidak datang kembali. Maksud lain quan yu nian adalah tahun baru iaitu meraikan tahun baru.

Mengikut versi kedua yang telah ditulis oleh bekas mufti wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dalam laman web berkenaan mengenai sejarah tahun baru cina:

Sejarah terperinci mengenai sejarah sambutan Tahun Baru Cina tidak dapat ditentukan secara pasti namun apabila melihat kepada versi-versi cerita yang ada, terdapat sebuah kisah yang selalu diceritakan mengenai asal-usul sambutan tahun baru ini.

Ianya bermula dengan ketakutan penduduk sebuah kampung yang selalu diburu oleh seekor makhluk mistik yang akan memakan mereka. Dipendekkan cerita terdapat seorang tua yang mencadangkan agar membuat bising dengan bunyi-bunyian seperti pukulan gendang, membakar mercun serta menggantung kertas berwarna merah dan juga menampalkannya pada tingkap rumah kerana dipercayai makhluk itu amat takutkan warna merah dan juga bunyi bising. Cadangan orang tua itu berhasil dan makhluk tersebut melarikan diri dan meraikan kemenangan penduduk kampung itu, maka ianya telah sinonim dengan meraikan tahun baru pada ketika itu.

Secara hakikatnya, sambutan Tahun Baru Cina adalah demi menyambut tahun baru bagi masyarakat Cina mengikut kalendar mereka. Mengikut kalendar Cina, setiap tahun akan diwakili dengan satu zodiak haiwan yang mana pada tahun ini (2016), jatuh pada tahun monyet. Bagi masyarakat Cina, setiap tahun mempunyai kelebihannya yang tersediri berdasarkan zodiak haiwan kalendar Cina. Sambutan Tahun Bari Cina akan berterusan selama 15 hari dan pada hari yang ke lima belas merupakan perayaan pesta tanglung.

Kita lihat secara umumnya, masyarakat cina di negara cina dahulunya, kebanyakan mereka dari negara yang miskin. Jarang sekali mereka dapat berkumpul bersama keluarga. Untuk mereka berkumpul sangat sukar sekali melainkan apabila ada kematian, perkahwinan dan tahun baru cina. Hanya tahun baru cina sahajalah mereka dapat berkumpul sementara hal perkahwinan dan kematian tidak selalu ada.

Hukum meraikan tahun baru cina bagi orang muslim

Secara kesimpulannya, perayaan tahun baru cina ini ianya merupakan satu perayaan adat yang tidak ada kaitannya dengan permasalahan akidah. Ianya semata-mata menyambut tahun baru mengikut kalendar lunar Cina. Ini menjadi kayu pengukur buat seorang muslim dalam bermuamalah dan bergaul bersama orang bukan Islam dengan melihat adakah tindak-tanduknya itu menjurus kepada sikap reda terhadap akidah mereka ataupun hanya perbuatan yang dilakukan atas dasar kemasyarakatan dan hubungan sosial.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Kredit: https://muftiwp.gov.my/, fakir ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram