Sakit Kuning Pada Bayi: Punca & Solusi

Penyakit kuning atau pun jaundice biasanya terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ibu bapa semestinya risau melihat anak mereka menghidapi penyakit tersebut. Namun begitu kita perlu tahu apakah simptom-simpton yang terjadi kepada bayi yang apabila terjadinya kuning. Antara simptom yang jelas adalah yang kulit bayi menjadi kuning dan juga matanya juga terlihat kekuningan.

            Ada juga mitos yang mengatakan, jika bayi terkena penyakit kuning ia boleh dirawat dengan menjemur bayi dibawah cahaya matahari dan ada juga yang mengatakan jika memakaikan bayi dengan pakaian  bewarna kuning boleh menyebabkan bayi tersebut terkena penyakit kuning. Semua ini adalah satu tanggapan yang salah.

            Kita sendiri perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan kuning. Kuning ini berlaku apabila pigment billirubin di dalam badan bayi meningkat. Perkara ini  adalah normal, selepas 4-5 hari bayi dilahirkan pigmen billirubin akan termendap dibawah kulit dan menyebabkan bayi kelihatan lebih kuning.  Di alam rahim darah ibu dan darah bayi bercampur melalui plancenta.

            Apabila bayi dilahirkan akan terjadinya penukaran cel darah merah. Sebelum terjadinya penukaran cel darah merah ini berlaku pemecahan darah merah atau (Hemolysis). Hemolysis ini akan menyebabkan terhasilnya bilirubin. Billirubin ini akan meningkat disebabkan pemecahan darah yang semakin tinggi setiap hari. Billirubin ini akan berada dalam badan bayi dan mengambil masa 4-5 hari untuk disingkirkan.

            Apakah sebab kuning bayi lambat turun?

  • Pemecahan bilirubin yang berlebihan

(Biasanya terjadi terjadi kepada  ibu yang berdarah O)

  • Mengalami masalah (G6PD)

G6PD bukan penyakit tetapi berkaitan dengan genetik atau keturunan

  • Mengalami masalah darah Rh (Rhesus) negatif.

Jika ibu ada mengambil supplement atau jamu. Supplement tersebut juga akan disalurkan kepada bayi dalam bentuk susu dan ini boleh mnyebabkan hati bayi menjadi bengkak. Kesannya proses bayi untuk menyingkir bilirubin menjadi lambat. Antara perkara lain yang sangat merisaukan ialah jika bilirubin dalam badan bayi terlalu tinggi ini boleh menyebabkan berlakunya keradangan otak atau saraf tunjang dan boleh menyebabkan anak terencat akal dan pekak.

Apakah rawatan yang betul untuk sakit kuning pada bayi?

  • Pastikan setiap 1 atau 2 jam bayi diberikan susu.
  • Jangan ambil supplement atau jamu yang bukan dari nasihat doktor.
  • Pastikan bayi kencing dan berak dengan kebih kerap.

Jika kuning tersebut tidak turun-turun. Anda dinasihatkan untuk bawa bayi anda ke hospital dan bayi akan diletakkan dibawah Phototherapy. Phototherapy ini adalah cahaya untuk memecahkan bilirubin. Langkah seterusnya jika kuning tidak turun doktor akan menyarankan untuk melakukan penukaran darah.

Kredit: Dr Samhan, image mamanatural.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram