Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Rupanya Ada Perbezaan Tanda Sakit Jantung Antara Lelaki dan Wanita, Ini Simptom Yang Perlu diberi Perhatian.

Rupanya Ada Perbezaan Tanda Sakit Jantung Antara Lelaki dan Wanita, Ini Simptom Yang Perlu diberi Perhatian.

Pernahkah anda melihat adegan sakit jantung di kaca televisyen? Pelakon yang terkena serangan jantung pasti akan rebah sambil memegang dada. Namun, tanda sakit jantung wanita dan lelaki sebenarnya mungkin tidak dramatik seperti apa yang anda tonton!

Walaupun kedua-dua lelaki dan wanita boleh mengalami serangan jantung sebegitu, namun sakit jantung yang dialami wanita selalu berlaku dengan lebih senyap tanpa sebarang tekanan pada kawasan dada.

Sebaliknya, wanita akan rasa sesak nafas, tekanan atau rasa sakit pada kawasan bawah dada atau atas abdomen, pening kepala, atau rasa hendak pitam.

Disebabkan tanda-tanda yang biasa ini, wanita sering mengabaikan simptom sakit jantung yang mereka alami kerana menjangkakannya sebagai sakit biasa.

Walaupun begitu, serangan jantung boleh membawa maut walaupun tandanya tidak ketara, lebih-lebih lagi jika mangsanya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Tanda sakit jantung sedikit berbeza pada wanita

Tanda lazim serangan jantung untuk wanita secara amnya sama dengan lelaki – sakit dada, sesak nafas dan rasa tidak selesa. Walau bagaimanapun, simptom yang paling ketara iaitu sakit dada selalunya tidak dialami oleh wanita. Namun, wanita yang pernah mengalami sakit jantung menggelar simptom ini sebagai tekanan pada kawasan dada. Walaupun nampak mustahil, sebenarnya kita boleh mengalami serangan jantung tanpa sakit dada!

Selain itu, wanita juga lebih berisiko untuk mengalami lebih banyak tanda sakit jantung berbanding lelaki.

Sebagai contoh, kaum Hawa mungkin akan alami simptom seperti:

  1. Sakit leher, rahang, belakang badan atau perut.
  2. Sesak nafas.
  3. Sakit di kedua-dua bahagian lengan.
  4. Loya dan muntah-muntah.
  5. Pening kepala dan rasa hendak pitam.
  6. Rasa penat yang amat sangat.
  7. Sembelit.

Jika anda perasan, simptom di atas merupakan antara tanda sakit biasa dan jarang dianggap sebagai sakit jantung.

Malah, wanita juga mengalami lebih banyak simptom ketika berehat berbanding lelaki. Selain itu, tekanan emosi juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memicu sakit jantung dalam kalangan wanita.

Disebabkan wanita sukar mengenal pasti tanda-tanda sakit jantung, mereka selalunya tiba lewat untuk rawatan. Oleh sebab itu, kebanyakan mereka telahpun mengalami kerosakan pada jantung masing-masing apabila tiba di hospital.

Malah, disebabkan perbezaan simptom ini, sakit jantung dalam kalangan wanita tidak dapat didiagnosis dengan baik seperti di dalam kalangan lelaki.

3 tanda senyap sakit jantung pada wanita.

Sebagai panduan, kami akan kongsikan 3 tanda senyap serangan jantung yang dialami wanita:

1. Rasa letih yang luar biasa.

Kebanyakan wanita mempunyai kariernya yang tersendiri. Malah, dalam masa yang sama, mereka juga sibuk menguruskan rumah dan menjaga anak.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika wanita sering rasa letih disebabkan hari mereka yang sibuk.

Walau bagaimanapun, menurut Dr. Leslie Cho dari Cleaveland Clinic, rasa letih yang luar biasa merupakan salah satu tanda sakit jantung.

Sebagai permulaan, perhatikan jika anda:

  1. Cepat penat setelah melakukan senaman yang biasa anda lakukan.
  2. Anda tidak melakukan apa-apa aktiviti, tetapi rasa ‘tercungap-cungap’ dan penat.
  3. Aktiviti seperti membeli-belah dan berjalan ke tandas membuatkan anda rasa penat.
  4. Walaupun anda rasa letih, anda sukar untuk tidur.

2.Berpeluh-peluh dan sesak nafas tanda sakit jantung.

Apabila wanita jadi semakin berusia, kurangnya senaman dan penambahan berat badan menyebabkan isu seperti sesak nafas.

Selain itu, wanita yang sedang melalui menopaus pula sering mendapati diri mereka berpeluh-peluh tanpa sebab.

Oleh sebab itu, dua simptom ini sering diendahkan oleh kaum Hawa.

Walau bagaimanapun, semua ini boleh menandakan masalah hati jika ia berlaku secara tiba-tiba. Sebagai contoh:

  1. Sesak nafas tanpa melakukan sebarang aktiviti.
  2. Rasa sukar untuk bernafas yang jadi semakin teruk selepas bersenam.
  3. Berpeluh-peluh disebabkan stres walaupun tidak ada punca tekanan.
  4. Berpeluh-peluh yang ditemani simptom lain seperti sakit dada dan keletihan.

3. Sakit leher, rahang, belakang badan.

Sakit pada bahagian leher, rahang dan belakang badan mungkin merupakan tanda sakit jantung, lebih-lebih lagi jika asal usulnya sukar untuk dikenal pasti.

Sebagai contoh, anda rasa sakit belakang, namun sukar untuk menentukan lokasi atau kawasan yang sedang sakit.

Jika simptom ini berlarutan walaupun anda berhenti bersenam, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera.

Ladies, hati-hati dengan sakit jantung!

Untuk pengetahuan anda, wanita melaporkan mengalami 3 tanda amaran di atas berminggu-minggu atau sebulan sebelum serangan jantung.

Lebih cepat anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor, lebih tinggilah peluang untuk anda mengesan masalah tertentu sebelum ia bertindak menyerang anda.

Malah, jika anda sudah lama mengalami simptom sakit jantung, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.

Ramai wanita yang keliru dengan tanda-tanda serangan jantung. Ada yang rasa letih seperti baru sahaja berlari marathon, ada juga yang mengalami sakit belakang yang teruk.

Jangan sesekali abaikan jika anda mengesyaki diri anda mempunyai sakit jantung. Jaga diri anda dan telefon 999 jika berlakunya sebarang kecemasan.

Sumber: hellodoktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram