Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Revolusi Logo Proton

Revolusi Logo Proton

Syarikat “Proton” iaitu singkatan daripada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Setelah penubuhannya sehingga kini, telah berlaku revolusi logo Proton mengikut peredaran zaman. Perubahan itu turut mengubah slogan yang baru. Mungkin ada yang sudah lupa bagaimana rupa logo-logo tersebut. Artikal kali ini kami akan membawakan 6 revolusi logo Perodua yang digunakan sejak pelancaran kereta pertama.

Logo pertama Proton pada tahun 1985 selepas syarikat ditubuhkan. Bulan dan 14 bucu bintang berwarna kuning emas berlatarkan warna biru tua yang berteraskan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia. Perisai berbentuk diamond mewakili sifat diamond tersebut iaitu moden, bernilai dan kukuh.

Pada tahun 1993, Proton telah mengubah sedikit logo tersebut dengan menukar bentuk perisai tersebut menjadi bentuk seakan-akan bujur dan tiada lagi bucu-bucu tajam. Namun, logo bulan dan bintang 14 bucu masih lagi dikekalkan yang menunjukkan lambang negara kita. Slogan untuk logo pertama dan kedua adalah sama iaitu “Pride Of the Nation” yang berteraskan semangat patriotik negara. Jadi, hala tuju Proton pada masa ini adalah fokus untuk membina kereta mampu milik rakyat dan terhasillah nama-nama lagenda seperti, Saga, Wira, Putra, Satria dan Perdana.

Proton telah menggunakan lambang bintang yang berbeza untuk eksport ke negara lain. Ini adalah langkah mereka untuk menarik minat pengguna di sana dan jika menggunakan logo yang sedia ada, ia telah menimbulkan pelbagai isu antaranya isu keagamaan.

Ini merupakan logo yang digunakan untuk kereta proton yang dieksport ke luar negara

Lapan tahun kemudian, logo Proton telah diubah lagi iaitu pada tahun 2000. Ia adalah logo yang versi complicated. Mereka ingin seratakan logo mereka yang boleh digunakan di mana-mana negara di seluruh dunia. Logo kali ini keseluruhannya berubah dan tiada unsur dalam logo lama yang dibawa. Elemen untuk kearah lebih global, Proton telah mengeluarkan simbol bulan dan bintang dan digantikan dengan simbol kepala harimau yang menunjukkan identiti negara kita “Harimau Malaya”.

Mereka menggunakan bentuk perisai yang baru yang jarang digunakan untuk logo kereta kecuali logo-logo kereta Itali seperti Ferrari dan Lamborgini. Model kereta yang menggunakan logo ini adalah Waja dan Perdana V6 yang mirip seperti kereta Alfa Romeo. Adakah itu satu kebetulan??

Warna biru gelap dan warna emas masih dikekalkan tetapi ada terselit warna hijau. Ada yang menyatakan warna hijau tersebut adalah lambang permotoran. Negara mana yang menggunakan warna hijau tua sebagai logo kereta mereka? Logo ini bukan direka oleh anak tempatan tetapi direka oleh pereka daripada British iaitu designer yang sama yang mereka logo Lotus. Jadi, persoalannya telah terjawab dimana warna hijau tersebut melambangkan British Motorsport iaitu kerjasama antara Proton dan Lotus. Prinsip kali ini berbeza dengan slogan “Spirit of achievement”.

Pada tahun 2008, Proton sekali lagi melakukan perubahan sedikit pada logo mereka. Mereka membuang warna biru, emas dan hijau tersebut dan menggantikan warna monochrome. Ia adalah bertujuan lebih praktikal digunakan untuk printing seperti letterhead dan dokumen-dokumen yang lain. Ia Nampak lagi kemas dan simple. Tagline proton pada kali ini berlainan iaitu “Committed to be better”.

Pada tahun 2016, Proton lagi sekali menukar logo mereka . Logo kali ini lebih simple apabila perkataan Proton dikeluarkan dan perisai di bahagian luar logo berlainan sedikit. Kemudian, setiap garisan diberikan sentuhan amboss supaya nampak lebih timbul dan komersial. Tagline kali ini berbeza juga iaitu “It’s in the drive” yang membawa maksud keistimewaan kereta proton dapat dirasa ketika dipandu (handling). Logo ini adalah paling sekejap digunakan.

Selepas 3 tahun, Proton tukar lagi logo mereka. Syarikat Zhejiang Geely Holdings Group dari China telah mengambil alih kepentingan Proton. Logo yang telah dilancarkan pada tahun 2019 mengubah bentuk kepala harimau kepada versi yang terbaru. Ia direka dengan bentuk yang lebih unik, logo yang memaparkan kepala harimau yang diangkat lebih tinggi, seperti anak panah, yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.

Proses rebranding logo bertujuan untuk memusnahkan segala persepsi-persepsi buruk yang telah melekat sekian lama dalam logo Proton. Walaupun begitu, logo ini telah direka khas oleh anak tempatan kita, anak jati Malaysia. Slogan kali ini adalah “Inspiring Connection” iaitu menggambarkan aspirasi jenama automotif pertama negara ini dengan menggunapakai teknologi dan mobiliti bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan yang memberikan inspirasi kejayaan dalam kehidupan.

Kredit : Nazz Abdullah, Imej : Wikipedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram