Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Resipi Nasi Ayam Penyet Viral, Dijamin Sedap

Resipi Nasi Ayam Penyet Viral, Dijamin Sedap

Buat ibu-ibu yang selalu masak di rumah mungkin ada hari yang mereka berfikir panjang tentang apakah menu makanan yang sesuai untuk di masak pada hari tersebut. Untuk itu, nasi ayam penyet ini sangat sesuai untuk di jadikan pilihan ibu-ibu. Rasanya yang sangat sedap membuatkan nasi ayam penyet ini sesuai untuk dijadikan menu hidangan bagi sebuah keluarga. Ditambah pula dengan bahan-bahan yang mudah di cari dan cara pembuatannya yang sangat mudah. Mari kita lihat satu per satu cara-cara mudah proses penyediaannya.

Bahan-Bahan Resipi Nasi Ayam Penyet

-1 ekor ayam dipotong 4/8 bahagian ( Rebus 10-15 minit )

( Simpan air rebusan untuk proses memasak nasi )

Bahan Perapan Ayam

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar

( Goreng bahan di atas tanpa minyak dan kisar kering )

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit air
  • 1 sudu kecil garam

( Kisar bahan-bahan di atas )

  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara-cara

  1. *Setelah selesai semua proses di atas lumur kesemua
    bahan-bahan tersebut pada ayam yang sudah di rebus*
  2. *Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih*
  3. *Goreng menggunakan minyak yang banyak*

Sambal

  • 10 biji cili merah besar ( dipotong )
  • 10 biji cili padi hijau ( dipotong )
  • 10 bawang kecil ( dipotong )
  • 5 biji cili tomato
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu ikan bilis

Cara-cara

  1. Potong semua bahan dan goreng hingga layu
  2. Goreng ikan bilis
  3. Kisar kasar bahan semua bahan di atas termasuk ikan bilis
  4. Goreng dan tumis semula bahan yang sudah di kisar
  5. Masukkan sedikit air asam limau/ garam dan sedikit gula merah @ perang

Nasi

  • Cairkan butter
  • Tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
  • Maukkan air rebusan ayam, sedikit garam dan kiub ayam

Kalian juga boleh menggunakan resipi yang sama pada ikan untuk membuat keli penyet dan sebagainya. Lihat hasilnya pada gambar di bawah membuatkan kalian rasa tidak sabar untuk membuatnya.

Kredit : Nor Asiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram