Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Resipi Mudah Pikat Anak Makan Sayur

Resipi Mudah Pikat Anak Makan Sayur

Ramai ibu-ibu menghadapi masalah anak susah makan sayur atau langsung taknak makan sayur bukan.

Pelbagai cara sudah dilakukan namun tidak dapat menarik minat anak-anak untuk makan sayur

jadi kita kena sabar dan tak boleh putus asa untuk bagi yang terbaik untuk anak

Kali ini kita buat bayam celup tepung. Sesuai untuk anak-anak yang dah ada gigi dan boleh makan sendiri.

BAYAM CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

1) Bayam (ambil daunnya sahaja)
2) Tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour)
3) Serbuk kunyit organik
4) Serbuk ikan bilis homemade
5) Minyak zaitun atau minyak masak biasa

Cara-cara Penyediaan:

1) Gaulkan tepung gandum dan secubit serbuk kunyit bersama air secukupnya. Tambahkan 1 sudu teh serbuk ikan bilis dan kacau sebati.
2) Celupkan bayam ke dalam tepung yang sudah digaulkan tadi.
3) Goreng di dalam minyak panas sehingga tepung masak.

p/s : serbuk ikan bilis tu akak campur sebagai ganti penggunaan garam. Kalau dah campur garam dalam makanan anak, terpulang. Boleh letak garam juga.

Kredit: Suzy Honey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram