Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Resepi Mudah Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu

Resepi Mudah Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu

Pengeluaran susu ibu yang tidak lancar boleh menyebabkan ibu mengalami bengkak susu dan merasa sakit ketika menyusukan bayi.

Disini kami kongsikan resepi daripada Suzy Honey untuk menambah susu ibu disamping melancarkan pengeluarannya.

Blueberry Smoothie

Bahan-bahan yang digunakan:

1 cawan Susu Badam

Ibu menyusu sangat digalakkan untuk makan badam atau minum susu badam untuk meningkatkan kekenyangan, rasa manis, dan jumlah susu untuk bayi mereka.

1 cawan Blueberry Frozen

Blueberry tinggi antioksidan yang membantu penghasilan susu ibu. Blueberry kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A dan K, kalsium dan kalium untuk kesihatan tulang ibu.

1 biji Pisang Frozen

Pisang tinggi kandungan serat dan dapat membantu mencegah sembelit. Pisang sesuai untuk ibu menyusu kerana mengandungi kalium yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit di dalam tubuh badan.

1/4 cawan Oatmeal

Oatmeal mengandungi zat besi yang sangat penting untuk membantu meningkatkan bekalan susu ibu.

2 sudu besar FlaxSeed

Flaxseed mempunyai sifat estrogenik yang dapat membantu ibu menyusu menghasilkan lebih banyak susu. Ia mengandungi lemak sihat yang membantu perkembangan otak bayi.

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga hancur semuanya selama  2 minit.

2. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Suzy Honey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram