“Radio-Taisou” senaman ringan baik untuk kesihatan.

Adakah anda pernah merasa, bila pergi kerja rasa tidak bersemangat, lesu, mengantuk? Rasa macam ada bebanan di mata anda walaupun anda sudah mengambil sarapan pagi. Betulkan? Jika kita lihat di negara Jepun,setiap pagi sebelum memulakan kerja, mereka telah mengamalkan satu senaman yang dipanggil “Radio- Taisou”.

Apa itu Radio- Taisou?

Radio-Taisou atau Rajio-Taisou adalah satu senaman pemanas badan yang dilakukan bersama alunan muzik piano. Senaman ini amat terkenal di negara Jepun dan sebahagian negara China dan Taiwan.

Sejarah awal Radio-Taisou

Mungkin anda rasa terkejut kerana Radio-taisou asalnya bukan dari negara Jepun, tetapi Amerika Syarikat. Sebuah syarikat, Metropolitan Life Insurance Co. mencipta Radio-Taisou pada tahun 1920-an untuk memberi inspirasi kepada orang Amerika, khususnya di bandar-bandar besar untuk memulakan hari mereka dengan senaman ringan. Ia kemudiannya merebak dengan cepat di seluruh Jepun, di tempat-tempat kerja, sekolah dan masyarakat tempatan untuk diterapkan dalam rutin harian mereka.

Senaman ini, menjadi rutin harian penduduk Jepun setiap pagi sama ada dari peringkat sekolah hingga ke tempat kerja. Radio-Taisou ini sama konsepnya seperti tai chi atau yoga yang dirancang khusus untuk mengalirkan darah dalam badan dan untuk mencerdaskan minda anda supaya kekal aktif setiap hari. Perbezaannya hanyalah jenis pergerakkan.

Jika di Malaysia, beberapa syarikat khususnya syarikat automotif telah mempraktikkan setiap pagi. Mereka melakukannya sebelum bermulanya proses kerja.

Jadi, jika anda rasa mengantuk, tidak bermaya dan rasa tidak bersemangat semasa bekerja,buatlah senaman ini.

Tak susah pun…. Ajaklah rakan-rakan kerja anda. Luangkan masa 3-5 minit untuk membuat senaman ini.  Selamat mencuba!!

Kredit Imej: https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/tv/

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram