Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
PUNCA-PUNCA FITNAH YANG ANDA PERLU TAHU.

PUNCA-PUNCA FITNAH YANG ANDA PERLU TAHU.

Khutbah Jumaat kerajaan Negeri Selangor yang lepas membicarakan perkara yang berkaitan fitnah. Fitnah adalah suatu berita secara lisan, tulisan atau melalui media cetak atau elektronik yang membawa berita tidak benar atau rekaan yang memberi kesan yang negatif terhadap individu atau sesuatu kumpulan yang dimaksudkan.

Berlakunya fitnah ini adalah berpunca daripada sesuatu yang direkacipta atau timbul daripada persepsi yang tidak benar terhadap sesuatu kejadian. Motif utama adalah untuk memberi gambaran yang buruk terhadap seseorang atau kumpulan itu. Ia biasanya berlaku dikalangan individu yang bermusuhan atau dorongan hasad dengki.

Fitnah yang sangat berleluasa sekarang ini adalah berlaku dikalangan ahli politik terhadap musuh politiknya agar rakyat menolak mana mana kumpulan politik yang berjaya difitnah sehingga rakyat tidak akan memilih parti yang berkenaan dalam pilihanraya umum.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan memperuntukkan mengenai kesalahan fitnah. Secara kasarnya, Seksyen 499 menyatakan bahawa jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.

Lantas, jika sabit kesalahan memfitnah orang lain, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Penabur fitnah adalah orang yang paling keji. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 10 dan 11 yang bermaksud;

“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).”

Politik adalah suatu proses dalam kehidupan bernegara untuk memilih pemimpin. Lazimnya setiap perlakuan manusia terikat dengan kepercayaan agama yang dianuti. Orang Islam wajib berpandukan ajaran Islam dalam berpolitik. Setiap tingkah laku dan tindak tanduk dalam politik tetap ada dosa pahalanya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud;

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Marilah kita semua tanpa mengira kefahaman parti politik, menjauhkan diri daripada berbuat atau menyibarkan fitnah. Tagihilah kemenangan dengan menjajakan apakah kebaikan yang boleh kita buat untuk negara dan bukan menjaja keburukan orang lain.

kredit: Mat Ali Mohamed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram