Permasalahan Perut Boroi

Bagi lelaki yang sudah berkahwin, perut boroi ini sudah jadi kebiasaan pada diri mereka yang menunjukkan kebahagian rumah tangga. Tetapi kita silap, lelaki yang bujang pun ada jugak yang perut boroi. Bukan sahaja lelaki, wanita pun turut mengalami perkara ini. Adakah mereka dianggap sebagai orang yang bahagia juga walaupun belum berumah tangga?Mungkin kita silap.

Untuk pengetahuan anda, badan kita memang aktif dan boleh bakar lemak dengan sendirinya melalui pergerakkan. Tetapi tidak semua lemak di badan kita boleh hilang semudah itu. Bagi orang lelaki, lemak pertama yang naik adalah di perut dan lemak yang terakhir hilang adalah di perut juga.

Kalau kita tengok orang lelaki, kebiasanya badan yang gempal dan muka yang tembam, jika mereka diet, yang mula-mula sekali hilang ialah di bahagian pipi. Kemudian di lengan, pinggul, peha dan akhir sekali pada bahagian perut.

Berbeza pula bagi perempuan. Biasanya orang perempuan lemak yang terakhir hilang di bahagian pinggang,pinggul dan peha. Jika perut, mereka mudah untuk kempiskan. Tapi, kenapa mereka juga mudah menjadi boroi???

Perut boroi adalah saiz perut kita lebih besar daripada biasa yang disebabkan masalah pencernaan yang tidak lancar. Orang lelaki kalau normal saiz pinggang antara 30-31 dan kebawah. Kalau boroi saiz, pinggang di antara 34 ke 35. Jika saiz lebih daripada itu dikira gemuk. Boroi ni kita lihat normal tetapi perut kita rasa tidak selesa. Bila kita duduk kelihatan “Muffin Top” bermaksud kelihatan perut kita terkeluar sedikit daripada saiz pinggang. Boroi ini terhasil disebabkan dua perkara, pertama berkumpulnya lemak di perut dan yang kedua lemak di usus yang dipanggil fibrous fat.

Kita sebenarnya tidak boleh hilangkan lemak di perut semata-mata, walaupun kita beli mesin yang boleh pecahkan lemak di perut ataupun pergi ke sauna. Sebenarnya ia tidak berkesan. Sebab apa? Badan kita membakar lemak secara keseluruhan. Walaupun bersukan hari-hari, main bola ataupun futsal ataupun berbasikal yang menjadi trend dato’-dato’ sekarang untuk bersenam, badan kita masih boroi. Metabolism di sekitar perut tidak cukup kuat disebabkan otot perut kita digunakan untuk menstabilkan keseluruhan badan. Keseluruhan badan dijaga oleh kita punya spine iaitu tulang belakang. Otot perut kita berfungsi untuk menstabilkan tulang belakang kita. Apabila kita jarang mengaktifkan ia, lemak-lemak akan mudah terkumpul di kawasan tersebut.

Bagaimana kita hendak mengaktifkannya??

Ada banyak cara. Cara yang paling mudah ialah banyakkan berjalan. Sebab apa banyak berjalan sangat bagus? Bila kita berjalan, kaki kita akan menstabilkan badan kita. Beza dengan berlari pula, kita akan memberi tekanan terhadap lutut, pinggul dan kaki. Apabila kita berjalan, keseluruhan badan kita akan bergerak.

Yang paling penting adalah jaga diet. Selalunya perut boroi ini disebabkan pengambilan gula berlebihan dan karbohidrat berkanji seperti nasi putih, roti putih dan mee kuning. Karbohidrat ini sifatnya menyerap air dan boleh membuat perut kita nampak kembung.

Secara kesimpulannya, untuk hilangkan perut boroi ada 3 cara:

1) Jaga diet dan kurangkan penggunaan gula

2) Banyakkan berjalan

3) Mula mengangkat berat yang menggunakan compound exercise seperti membuat squat, pull up dan push up kerana itulah yang mengaktifkan perut kita untuk menstabilkan badan. Cara itu amat berkesan dan mampu mencantikkan bentuk badan kita, silap-silap boroi hilang, six pack keluar. InsyaAllah.

Kredit: Syakir Fadzilah

Contoh senaman yang boleh mengempiskan perut boroi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram