Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Perkara Yang Anda Perlu tahu Tentang Terusan Suez

Perkara Yang Anda Perlu tahu Tentang Terusan Suez

Jalan laut seperti selat atau terusan sama ada buatan manusia atau semulajadi dapat menghubungkan dua lautan berbeza dengan menyingkatkan laluan perkapalan antarabangsa. Tidak dinafikan jalan laut adalah sangat penting sebagai medium perdagangan antarabangsa. Antaranya terusan dan selat yang sangat penting ialah seperti terusan Suez di Mesir menghubungan eropah dan asia, Terusan Panama di Amerika Tengah menghubungkan Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik, Selat Magellen menghubungkan Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik di Selatan Amerika dan Selat Melaka di Malaysia menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Terusan dan selat ini memainkan peranan penting kerana lokasi yang strategik dan keluasan yang sesuai untuk membolehkan laluan pelbagai jenis kapal.

Pada hari ini, lebih 90% barangan dagangan di seluruh dunia diangkut menggunakan jalan laut. Pengangkutan jalan laut lazimnya memakan masa yang lama, dan laluan air yang dibina oleh manusia seperti Terusan Suez telah dapat mengurangkan banyak masa perjalanan serta kos. Walaupun begitu, terusan ini juga terdedah dengan pelbagai insiden yang sukar dielakkan kerana keluasan yang agak sempit.

Kenapa terusan suez sangat penting?

Terusan Suez yang terletak di Mesir adalah sebuah terusan buatan manusia dan dibuka untuk laluan kapal pada 17 Nov 1869 iaitu dimana  menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah. Pada asalnya idea  pembinaan terusan ini dimulakan oleh pelabur dari Perancis untuk menggali sebuah terusan yang dapat menghubungkan Eropah dan Asia.

Pada tahun 1858, Universal Suez Ship Canal Company memulakan pembinaan terusan ini. Kemudian di waktu perang dunia pertama dan kedua, British menguasai terusan ini. Selepas British berundur pada tahun 1956, kerajaan Mesir mengambil alih untuk menyelenggara terusan ini sehingga ke hari ini.

Sekarang, kerajaan Mesir mampu menjana keuntungan lumayan berbilion USD setahun dari hasil terusan ini. Terusan sepanjang 193Km ini adalah antara laluan kapal laut yang sangat sibuk di dunia. Sebelum ini, kapal laut dari Eropah terpaksa mengelilingi Afrika sejauh 7000km, selama berminggu untuk sampai ke Lautan Hindi. Sebaliknya, laluan kapal di Terusan Suez hanya mengambil masa sekitar 13-15 jam sahaja.

Perdaganagan antara eropah dan asia telah meningkat, dan kapal laut dibina  semakin besar untuk melalui Terusan Suez. Projek pembesaran Terusan Suez juga dilakukan pada tahun 2015 oleh kerajaan Mesir, untuk menambah laluan untuk memenuhi jumlah peningkatan kapal. Terusan Suez menjadi laluan laut sangat kritikal kerana tiada laluan air yang dapat dibina oleh manusia untuk menggantikan terusan ini. Pada ketika ini, terdapat kira-kira 20 ribu buah kapal yang menyeberangi Terusan Suez dalam tempoh setahun.

Apa yang sedang terjadi di Terusan Suez?

Terjadinya satu insiden melibatkan sebuah kapal kontena besar menyebabkan terusan ini terhalang laluan sepenuhnya. Kapal Ever Given dimiliki oleh syarikat jepun dan beroperasi di bawah syarikat perkapalan Taiwan Evergreen. Dengan Panjang 400 meter iaitu melebihi ketinggian bangunana ‘Empire Satte’ sedang melalui Terusan Suez dengan tiba-tiba telah berubah arah dan tersekat akibat kejadian rebut pasir pada 23 mac 2021.

Kapal kontena Ever given ini sedang belayar  dari China dan menuju ke Pelabuhan Rotterdam di Belanda. Ini menyebabkan kapal-kapal lain yang melalui Terusan Suez ini tidak dapat meneruskan perjalanan. Disebabkan kejadian ini, ekonomi global kerugian kira-kira 400 USD juta sejam akibat insiden ini iaitu kira-kira 10% nilai dagangan maritime dunia.

Sumber gambar: Sinar Harian

Usaha pengalihan kapal

Bagi mengalihkan kapal yang besar ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ianya juga mustahil untuk ditarik kerana muatan kapal kontena yang sangat berat. Pada Ketika ini, terdapat  kapal lain yang sudah menukar laluan laut iaitu terpaksa mengelilingi Afrika dan terpaksa menanggung kos yang sangat tinggi dengan masa perjalanan tambahan berminggu. Masih banyak lagi kapal yang menunggu proses pengalihan dijalankan menyebabkan kesesakan di Terusan Suez. Syarikat berpengalaman dalam mengendalikan insiden kapal di lautan seperti Japan’s Nippon Salvage dan Smit International dari belanda telah dipanggil. Usaha juga dijalankan dengan menggali kawasan pasir di sekeliling kapal bagi membolehkan bahagian kapal yang tersekat dialihkan. Syarikat dari Belanda BSM Ketika ini menghantar jentera dan pakar bagi membantu usaha menggali dan menyedut pasir bagi membolehkan kapal dialihkan secepat mungkin. Sehingga kini, kapal kargo ini telah berjaya diapungkan kembali, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas yang sedang menunggu atau dalam perjalanan ke terusan ini.

Kredit: APHD Channel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram