Peristiwa Yang Terjadi Semasa Bulan Rejab

Dalam Tafsir Al Qur’an Al ‘Azim Ibnu Katsir menerangkan bahawa Rejab berasal daripada tarjib yang bererti menghormati. Oleh itu, Rejab adalah bulan yang layak dihormati dan dimuliakan. Mulianya bulan Rejab ini disebabkan terjadinya beberapa peristiwa penting yang telah menjadi sejarah seluruh umat islam.

Bulan Rejab juga terdiri antara empat buah bulan di dalam Islam yang haram termasuk Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada bulan Rejab

  1. Peristiwa Isra’ dan Mikraj

    Isra’ dan Mikraj berlaku pada bulan Rejab dimana peristiwa ini merupakan perjalanan Rasululalh S.A.W yang bermula dari Masjidil Haram menuju Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Peristiwa ini juga telah turunnya perintah solat 5 waktu.

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiadalah Tuhan melainkan Aku, oleh itu, sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati-Ku.

2. Pembebasan dan kejatuhan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis yang mula dibuka pada zaman pemerintahan Amirulmukminin Sayidina Umar bin Al Khattab r.a. Selepas itu, kota suci tersebut ditawan kembali oleh musuh Islam dan mereka mempertahankannya selama 50 tahun, sebelum Sultan Salahuddin Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah. Namun, selepas 760 tahun peristiwa pembebasan itu iaitu pada 28 Rejab 1342 Hijrah atau 1924
Masihi, sistem Khalifah Islamiah dihapuskan secara rasmi oleh Mustafa Kamal Pasha Atartuk di Turki. Penghapusan tersebut menyebabkan konsep ukhuwah dalam kalangan umat Islam yang dibentuk oleh Rasulullah SAW telah hilang dan kesannya, pada tahun 1948 Masihi (1377 Hijrah), Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam sehingga kini.

3. Kelahiran Imam Syafie

Kelahiran Imam As-Syafie pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin itu sebagai permata yang berharga kepada umat Islam pada hari ini. Beliau merupakan salah seorang daripada Imam Mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan mazhab AsSyafie. Kehebatan beliau dalam dunia ilmu agama dikagumi oleh semua orang. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: Imam As-Syafie itu ibarat matahari bagi dunia.”

4. Hijarah pertama ke Habsyah( Eutopia)

Ia berlaku berikutan peningkatan tekanan dan ancaman kepada baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan mereka yang beriman kepada Allah Subhanahu wa-Taala. Rasulullah sedar bahawa agama Islam baharu sahaja hendak berputik di Mekah tetapi hampir setiap hari baginda sallallahu alaihi wasallam dan pengikutnya didera atau menerima ancaman yang menakutkan. Jadi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bimbang ancaman sedemikian akan menyebabkan pengikutnya kembali kepada agama asal, jika tidak ada usaha membawa mereka keluar dari kota Mekah.

5. Penghapusan sistem Khalifah

Sistem pemerintahan khalifah yang berdiri teguh lebih daripada 1300 tahun telah berjaya dihapuskan oleh Mustafa Kamal Artartuk dengan bantuan British di Turki. Selepas itu, bermulanya pemerintahan negara negara bangsa yang mempunyai fahaman sekular dalam dunia islam. Kesannya, pada tahun 1948 Masihi (1377 Hijrah), Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam sehingga kini.

Kredit: Mufti.pahang.gov

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram