Perbezaan Antara Mediatek & Snapdragon ( Android )

Mediatek ( MTK ) dan Snapdragon adalah processor . Processor adalah satu komponen paling utama dalam satu rangkaian komputer yang berfungsi sebagai pengawal keseluruhan sistem komputer , atau boleh juga dipanggil sebagai ‘ otak komputer ‘ .

Setiap pengeluar smartphone khususnya android memiliki processor yang berbeza antara yang lainnya menjadikannya berbeza spesifikasi .

Apa yang Dimaksud dengan Mediatek ?

Mediatek adalah prosesor dari Taiwan yang didirikan pada tahun 1997. Dibanding Snapdragon, Mediatek masih tergolong diantara prosesor baru. Walaupun masih baru, tapi perkembangan prosesor ini secara global cukup pesat. Perbezaan yang jauh antara Mediatek dan Snapdragon adalah dari harganya. Harga prosesor Mediatek lebih murah dibanding Snapdragon. Oleh kerana itu, kebanyakan hp yang menggunakan Mediatek dijual dengan harga lebih murah.

KELEBIHAN

  • Harga yang murah
  • Inovatif kerana menghasilkan processor Octa-Core
  • Mempunyai grafik yang tinggi bergantung kepada RAM
  • Multitasking
  • Gambar yang menarik kerana menggunakan GPU PowerVR
  • Teknologi CorePilot yang memastikan suhu kekal stabil
  • Menyokong 4G/LTE

KEKURANGAN

  • Bateri cepat habis
  • Beberapa chipset overheat
  • GPS yang kurang tepat
  • Tidak dapat menggunakan custom kernel

Apa yang Dimaksud dengan Snapdragon ?

Snapdragon adalah prosesor asal San Diego, Amerika Serikat. Prosesor Snapdragon adalah salah satu produk unggul Qualcomm yang didirikan pada 1985. Dibanding Mediatek, Snapdragon paling banyak digunakan di dunia. Alasan kenapa lebih banyak digunakan kerana Snapdragon teknologinya lebih terkini. Kerana lebih canggih, prestsai Snapdragon yang lebih laju dan lebih efisien.

Namun perbezaan yang ketara adalah dari segi harga kerana harga snapdragon lebih mahal jika dibangdingkan dengan Mediatek.

KELEBIHAN

  • Pengolahan grafik menggunakan GPU Adreno
  • Processor single core menggunakan 1,4Ghz
  • Menjimatkan bateri
  • Multitasking
  • Menyokong jaringan 4G LTE , video recording 4K dan sensor kamera lebih besar
  • Layar Snapdragon lebih canggih
  • Menggunakan signal ISP dengan resolusi kualiti kamera DSLR

KELEMAHAN

  • Harga yang mahal berbanding Mediatek
  • Mudah panas
  • Penggunaan yang lama mengakibatkan overheat

Beza Mediatek dan Snapdragon diatas boleh dijadikan panduan oleh pembaca jika ingin membeli phone baru sesuai mengikut kemampuan . Melihat dari segi kelebihan dan kelemahan diantara Mediatek dan Snapdragon , bergantung kepada pengguna yang mana menjadi pilihan .

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram