Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Penyakit Gout. Apa puncanya?

Penyakit Gout. Apa puncanya?

Penyakit Gout adalah penyakit yang dikategorikan penyakit kronik yang merbahaya. Gout boleh berlaku kepada sesiapa sahaja namun majoriti yang menghidap penyakit ini adalah lelaki. Kali ini kami kongsikan pengalaman daripada Dr Iskandar Mirza tentang penyakit gout.

Apabila gout terjadi, sendi akan menjadi terlalu sakit, membengkak, merah dan sakit apabila disentuh. Kebiasaannya sendi yang terlibat adalah di ibu jari kaki.

Apakah simptom-simptom apabila seseorang itu menghadapi penyakit gout?

  • Sakit yang teruk yang melibatkan sendi dan ia boleh berlarutan sehingga 12 jam
  • Rasa tidak selesa di sendi: Selepas sakit yang teruk, sendi akan rasa tidak selesa dari ke hari hingga ke minggu.
  • Kemerahan dan keradangan sendi
  • Pergerakkan sendi terhad.

Apakah penyebab terjadinya gout?

Gout terjadi apabila kristal urate berkumpul di kawasan sendi dan menyebabkan keradangan. kristal ini terbentuk apabila kita mempunyai kandungan uric acid yang tinggi di dalam badan.

Semasa kita mengambil makanan yang mengandungi purine yang tinggi seperti daging, organ dalaman dan makanan laut, badan kita akan mencernakan purine ini kepada uric acid.

Kebiasaannya uric acid akan masuk ke dalam darah dan dibuang melalui kencing. Tetapi, apabila produksi uric acid terlalu tinggi atau buah pinggang rosak, uric asid akan menjadi kristal dan membuat keradangan di kawasan sekeliling.

Gambar menunjukkan uric acid terkumpul pada sendi

Apakah risiko seseorang itu mendapat gout?

1.Diet: Diet yang tinggi purine seperti daging, makanan laut, pemanis makanan(fructose) dan alkohol.

2. Obesiti: Pesakit obesiti akan menghasilkan lebih banyak uric acid dan buang pinggang mengambil masa yang lama untuk membuangnya melalui air kencing.

3. Masalah penyakit kronik yang lain : Kencing manis, metabolik sindrom, sakit jantung dan buah pinggang boleh meningkatkan lagi risiko mendapat gout.

4. Ubat: Sesetengah ubat seperti lawas kencing (thiazide) boleh menyebabkan gout.

5. Keturunan: Anda mempunyai salasilah keluarga yang pernah menghidap penyakit gout.

6. Umur dan jantinan: Kebiasaannya akan berlaku kepada lelaki pada peringkat umur 30-50 tahun. perempuan pula akan mendapat gout setelah mereka menopause

7. Sejarah pembedahan atau trauma

Cara mengelak dari penyakit gout

  • Minum air yang banyak untuk mengelak dari berlaku dehidrasi
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Jika perlukan protien, pastikan ambil daripada protien yang low-fat produk.
  • Kurangkan pengambilan daging dan makanan laut
  • Tetapkan berat badan yang ideal.

Terdapat 2 rawatan yang disarankan untuk merawat gout iaitu:

1.Rawatan menghilangkan sakit akut – Ditentukan oleh doktor yang merawat

2. Rawatan mengelak pesakit dari mendapat gout attack pada masa hadapan- Pesakit harus mengambil ubat yang disarankan. Kebanyakkan mereka hanyalah mengambil ubat penahan sakit sahaja. Anda perlu tahu, apabila berlakunya gout attack, sendi anda akan mengalami kerosakkan sedikit demi sedikit.

Contoh ubat pencegahan gout:

  • Ubat yang menghalang produksi uric acid (Xanthine oxidase inhibitor)
  • Ubat yang meningkatkan pembuangan uric acid melalui kencing (probenecid)

Kredit : Dr Iskandar Mirza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram