Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Penyakit Anxiety Disorder. Cegah Sebelum Berlarutan.

Penyakit Anxiety Disorder. Cegah Sebelum Berlarutan.

Anxiety adalah salah satu perasaan takut, cemas dan khuatir. Ia adalah normal bagi kehidupan kita semua. kadang kala, Anxiety ini diperlukan oleh manusia sebagai motivasi untuk terus bekerja dan untuk lebih berusaha maju ke hadapan.

Sebagai contoh, anda menghadiri sesi temuduga. Anda akan berasa sungguh gemuruh dan panik disebabkan perkara tersebut merisaukan anda. Boleh dikatakan anda berjaya ataupun tidak ia bergantung kesungguhan anda mengawal anxiety tersebut.

Tetapi, apabila anxiety ini sudah mencapai tahap tertentu, ia dianggap tidak normal. Ia dipanggil anxiety disorder yang bermaksud sesuatu keadaan cemas, risau dan khuatir yang tidak boleh dikawal. Jika terjadi demikian, anda perlu berjumpa dengan doktor pakar.

Bilakah waktu yang perlu anda berjumpa dengan doktor pakar?

  1. Bila perasaan anxiety menganggu kerja harian anda.
    Apabila rasa cemas atau khuatir menganggu kerja seharian anda. Perasaan ini menunjukkan anda tidak dapat mengawal perasaan sehingga menyebabkan anda terbawa-bawa dalam kerja seharian anda.
  2. Ada masalah mental yang lain.
    Anda ada masalah kesihatan mental yang lain di samping dengan masalah anxiety ini. Contoh seperti masalah kemurungan dan masalah ketagihan kepada ubat-ubatan tertentu.
  3. Cuba mencederakan diri sendiri
    Anda ingin terasa untuk mencederakan atau melukakan diri anda. Perkara yang lagi teruk, anda rasa ingin bunuh diri tanpa rasa bersalah kerana menganggap diri anda tidak berguna. Anda wajib berjumpa dengan doktor dan doktor akan memberi rawatan yang sewajarnya.

Jenis-jenis anxiety

GENERALIZED ANXIETY DISODER
Individu tersebut akan berasa cemas dan khuatir terhadap semua benda. Contohnya semasa kerja dia akan terasa cemas. Bagi permasalahan kesihatan, individu tersebut akan rasa cepat khuatir. Untuk hal-hal yang biasa pun seseorang itu akan cepat anxiety.

Perkara ini akan berlaku setiap hari dan akan berpanjangan lebih daripada 6 bulan. Hal ini menyebabkan pesakit rasa susah membuat kerja harian. Ada juga gejala yang akan berlaku semasa anxiety yang melampau antaranya ialah lelah, sakit kepala, susah untuk tidur dan kadar penafasan terlalu cepat.

PHOBIA
Perkara ini membolehkan individu tersebut berasa takut yang berlebihan sehingga ketakutan itu berlaku ke tahap tidak rasional. Sebagai contoh, takut kepada benda tertentu atau situasi tertentu. Kita anggap ketakutan itu biasa tetapi bagi mereka ketakutan tersebut bagaikan mimpi ngeri.

SOSIAL ANXIETY DISORDER
Ia terjadi apabila individu tersebut perlu berinteraksi dengan orang lain. Apabila ini terjadi, seseorang itu akan berasa cepat takut dan cepat terasa malu apabila berada di persekitaraan orang ramai.

POST TRAUMATIC STRESS DISORDER (PTSD)
Perkara ini terjadi apabila seseorang itu mengalami trauma. Contoh trauma yang pernah dialaminya seperti berlaku kemalangan ataupun trauma tentang bencana alam dan apa jua situasi yang pernah di alami oleh individu terbabit. Situasi ini akan menyebabkan pesakit selalu teringat dan terbawa-bawa dalam pemikiran dan tidak boleh lupa kejadian tersebut.

PANIC ATTACK

Terjadi apabila tiada alasan tertentu. ia berlaku secara tiba-tiba dan boleh terjadi berulang kali. Kebiasaannya ada simptom lain mengenai tersebut. Contohnya, bila berlaku panic attack, pesakit akan berasa berdebar-debar, keluar peluh dan sesak nafas. Selalunya individu tersebut tidak tahu bila perkara tersebut akan terjadi. Tiada sebab yang jelas berlakunya panic attack ini.

OBSESSIVE COMPUSIVE DISORDER (OCD)

apabila individu tersebut akan membuat sesuatu perkara berulang-ulang kali. Ia dibuat untuk melepaskan tekanan dan juga untuk melegakan anxiety. Kata nama lain ia disebut was-was. Namun, was-was bukanlah kebiasaaan yang kita lihat tetapi ia adalah was-was secara melampau.

Apakah rawatan yang boleh kita mengurangkan gejala ini?

Rawatan Umum yang anda boleh merawat sendiri ialah rehat dan tidur secukupnya dan cuba elakkan minuman yang berkafen. Elakkan stress dan cuba lakukan aktiviti sukan seperti badminton, bola sepak dan sebagainya.

Selain itu, cuba luahkan dan kongsikan masalah anda kepada orang yang terdekat seperti pasangan anda, rakan dan keluarga. Dengan izin Allah, ia akan meringankan sedikit sebanyak rasa anxiety tersebut.

Sekiranya anda sudah melakukan semua itu, tetapi masih tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat pakar. Anda akan diberi rawatan
Psikoterapi dan kaunseling. Jika perlu, anda akan diberi ubat untuk mengurangkan anxiety tersebut.

Kredit : Ikram Rauhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram