Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Pengambilan Sarapan Pagi Membuat Hari Anda Bertenaga.

Pengambilan Sarapan Pagi Membuat Hari Anda Bertenaga.

Sarapan merupakan hidangan pertama yang perlu diambil setelah 6-8 jam anda tidak makan setelah bangun dari tidur. Ia merupakan hidangan harian yang paling penting kerana ia membantu tubuh bersedia untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari.

Ramai orang mengambil endah tentang pengambilan sarapan. Kebanyakkannya mereka tidak selesa kerana makan terlalu awal dan ada kalanya sanggup menunggu hingga sampai waktu makan tengahari. Waktu itu mereka akan makan dengan sepuas puasnya untuk menghilangkan rasa lapar. Ada kalanya juga, ada insan yang terpaksa berbuat demikian atas faktor kewangan.

Apakah kepentingan pengambilan sarapan pagi?

  • Mengalas perut pada pagi hari : Menu sarapan pagi tidak perlu yang berat-berat seperti nasi lemak, mee goreng dan nasi goreng. Hanya sekadar yang ringan seperti minum susu, roti dan kekacang.
  • Membekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari: Ini adalah kelebihan bersarapan ia mampu memberi tenaga sepanjang hari. Sama seperti pengambilan sahur ketika berpuasa. Kenapa Nabi Muhammad S.A.W menitikberatkan sahur? kerana ia memberi kelebihan kepada kita bertenaga sepanjang hari.
  • Memastikan metabolisme badan anda pada tahap optimum: Jika kita tidak mengambil sarapan pagi, tahap metabolisme kita akan rendah. Apabila metabolisme kita rendah, kita akan mudah lapar.
  • Mengelakkan makan secara berlebihan: Apabila anda skip sarapan pagi, peratus untuk anda mengambil makanan sewaktu tengahari secara berlebihan adalah tinggi. Kesannya, anda akan berasa mengantuk dan tidak bertenaga ketika waktu petang.
  • Mencergaskan badan dan mencerdaskan minda anda: Bersarapan akan membantu meningkatkan daya tumpuan anda ketika bekerja dan sentiasa bertenaga sepanjang hari.

Tips pengambilan sarapan walaupun waktu suntuk

Kredit : Persatuan Pediatrik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram