Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Nak Buat Kek Sendiri, Ini Tips-Tips Kalian Perlu Tahu

Nak Buat Kek Sendiri, Ini Tips-Tips Kalian Perlu Tahu

Siapa saja yang tidak sukakan kek, boleh dikatakan majoriti orang sukakan kek, sedap, berlemak dan berkrim. Terdapat pelbagai jenis kek yang berada di pasaran sekarang. Ada kek seakan-akan ais krim, ada kek coklat, cheese dan sebagainya. Kek menjadi menu wajib ketika meraikan majlis kelahiran, perkahwinan dan sebagainya. Namun begitu proses pembuatannya tidak semudah yang disangka, jika salah teknik kek yang kita hasilkan boleh jadi lembik, keras, terlalu manis dan sebagainya. Disini kami kongsikan tips-tips mudah yang boleh kalian jadikan panduan dalam pembuatan kek.

Tips-tips Kek           

Sebab Mengapa kek boleh terjadi sebegini:

1) Kek Menjadi Keras

  • Gula dan Mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan
  • Terlalu banyak tepung gandum
  • Cecair tidak mencukupi
  • Dipukul terlalu lama setelah tepung dimasukkan
  • Tidak memukul sempurna setelah telur dimasukkan
  • Membakar terlalu lama atau suh terlalu tinggi.

2) Kek Naik Tidak Sekata

  • Suhu ketuhan mungkin terlalu panas
  • Suhu dalam ketuhan tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran Loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dengan jenjis ketuhar yang digunakan

3) Kek Menjadi Bantat

  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil
  • kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Tepung dah expired
  • Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini dapat membantu meringankan kek
  • Mentega yang dicampur dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih dan menyebabkan kek rosak
  • Suhu ketuhar terlalu rendah

4) Kek Mendap Ditengah

  • Ukuran acuan tin tidak betul
  • Sukatan bahan tidak tepat
  • Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat
  • Pintu ketuhar dibuka terlalu awal

5) Kek Menjadi Seperti Roti

  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipikul dengan sebati
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai

6) Kek Terlalu Lembab & Leper

  • Terlampau banyak cecair
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau expired
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

7) Kek Menjadi Seperti Bingka

  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas

Tips untuk sukatan bahan

Harap dengan tips yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam proses pembutan kek.

Kredit : Resipi Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram