Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Nak Beli Rumah? Anda Perlu Tahu Beberapa Istilah Ini.

Nak Beli Rumah? Anda Perlu Tahu Beberapa Istilah Ini.

Rumah adalah aset penting yang merupakan keperluan untuk setiap isi rumah. Bagi memiliki rumah yang anda idamkan, anda perlu melepasi beberapa syarat kelayakan. Anda jangan risau, pada masa kini, banyak inisiatif yang ada, disediakan oleh pihak pihak bank dan kerajaan untuk memiliki rumah pertama. Info lanjut anda boleh lihat di 4 Platform Pembelian Rumah Pertama.

Jadi, sebagai pembeli rumah, anda perlu tahu tentang beberapa istilah hartanah. Antaranya ialah:

FREEHOLD PROPERTY

Apabila satu hak milik rumah itu diberi oleh kerajaan sepenuhnya, kepada seseorang individu. Hak milik tanah itu kekal menjadi milik pembeli tanah itu. Tiada tamat tempoh dan tidak perlu risau jika kerajaan ingin mengambil balik tanah tersebut.

LEASEHOLD PROPERTY

Apabila satu hak milik tanah itu diberi kepada individu untuk satu tempoh masa yang ditetapkan. selalunya tempoh selama 99 tahun. Selepas 99 tahun, kerajaan negeri ada hak untuk ambil balik atau pembeli rumah boleh minta extend lagi tempoh pajakan ini dengan kerjaaan.

S&P/SPA

Sales & Purchase Agreement( Legally Binding) kontrak yang mengikat secara sah yang mempunyai semua keterangan pembelian rumah tersebut antara penjual dan pembeli. Dalam kata yang lain, jika anda sudah sign SPA, maksudnya anda sudah “closed the deal”.

LOAN TO VALUE (LTV) MARGIN OF FINANCE

Ratio yang digunakan untuk menilai risiko bagi loan dekat peminjam. Dalam kata lain, beberapa banyak yang bank sanggup bagi untuk jumlah loan rumah anda. Contohnya, jika dapat 90% LTV, maka 90% dari harga rumah dibayar oleh loan dan lagi 10% dibayar oleh pembeli secara tunai.

Kebiasaannya, rakyat malaysia boleh dapat 90% LTV untuk pembelian rumah pertama dan kedua. Rumah ketiga dan ke atas perlu lebih dari Rm600K untuk dapat 90% LTV ( bawah HOC campaign).

CCRIS

Satu report yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyatakan skor kredit anda. Maksudnya adalah, di dalamnya ada senarai semua keterangan hutang atau loan yang anda ada dengan bank sekarang dan bayaran outstanding yang anda ada. Ini digunakan oleh bank untuk tengok kredit history anda sama ada anda layak atau tidak untuk ambil loan daripada mereka.

CTOS

Satu laporan skor kredit yang dikeluarkan oleh syarikat CTOS dan mempunyai CCRIS di dalamnya. Ia adalah lebih jelas dari CCRIS yang menyatakan keterangan kewangan anda yang lain seperti insolvency, bancruptcy, legal action, business ownership dan directorship (jika ada).

REFINANCE

Refinance bermaksud anda hendak menghabiskan bayaran loan yang sedia ada dan digantikan dengan loan baru dengan terma dan syarat yang baru. Maksudnya disini anda perlu membuat pinjaman dengan bank sekali lagi ( atau dengan bank lain) tetapi menggunakan loan yang baru untuk melangsaikan loan rumah yang lama.

Selalunya mereka yang refinance ini adalah untuk mendapatkan cash extra, atau mengurangkan kadar bayaran bulanan bank, atau mereka hendak mengurangkan bayaran bunga(interest).

Kredit: Gila Hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram