Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Minuman Viral " Teh Boba". Adakah baik untuk kesihatan?

Minuman Viral ” Teh Boba”. Adakah baik untuk kesihatan?

Teh boba telah menjadi kegilaan rakyat Malaysia pada masa kini. Rugi kalau kita tidak merasa kerana kesedapan minuman ini mampu menghilangkan rasa stress. Pelbagai jenama yang dikeluarkan seperti Tealive, Daboba, Alley, Chatime dan banyak lagi sehingga ada peniaga jalanan yang buat menggunakan resipi mereka sendiri. Tidak menafikan, minuman ini sangat sedap dan ada individu sanggup membeli hari-hari demi kepuasan mereka. Pernahkah kita terfikir, apakah kandungan yang terdapat pada teh boba? Adakah baik untuk kesihatan badan kita?

1) Tinggi kandungan gula

Tapioca pearl adalah kandungan yang terdapat pada teh boba. Ia dihasilkan menggunakan tepung ubi sebelum direbus bersama gula perang sehingga kenyal dan kental. Sebiji tapioca pearl mengandungi kandungan gula setinggi 50 gram. Jadi, kandungan gula yang terdapat dalam satu cawan tapioca pearl adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding satu tin minuman berkarbonat.

2) Kurang Nutrisi

Teh boba tidak menyediakan nutrisi yang diperlukan tubuh dan hanya mengandung karbohidrat dan kalori semata-mata. Jika seseorang terlalu banyak minum teh boba, ia boleh mengganggu sistem pencernaan.

3) Tinggi kalori

Kalori adalah satu unit kandungan yang terdapat dalam sesuatu jenis makanan atau minuman. Atau dikenali sebagai jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan dan minuman yang kita perlukan dalam sehari. Jika kalori berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan dan berat akan bertambah.

Setiap biji tapioca pearl yang anda telan mengandungi antara 5 hingga 14 kalori. Ini bermakna, dengan hanya ¼ cawan tapioca pearl yang biasa dimasukkan kedalam gelas milk tea anda, anda telah menambahkan lebih daripada 100 kalori. Banyak kan?

Belum kita kira secawan lengkap teh boba yang mengandungi 300 hingga 400 kalori. Ia sama kandungannya dengan sepinggan nasi lemak bersambal yang mempunyai 400 kalori.

4) Sukar dihadam

Tapioca pearl yang bersifat kenyal sukar dihadam oleh perut. Jadi, ia akan menganggu sistem pencernaan dan membolehkan perut anda tidak selesa, sakit dan kembung. Masalah sembelit juga akan berlaku.  

Kredit : Hello Doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram