Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Mengetahui Cara-Cara Mengesan Nombor Akaun Bank dan Nombor Telefon "Scammer"

Mengetahui Cara-Cara Mengesan Nombor Akaun Bank dan Nombor Telefon “Scammer”

Kes penipuan dalam talian sudah hangat diperkatakan sehingga kini. Ramai mangsa-mangsa yang sudah terkena dengan kes ini sehingga ada yang meloporkan kerugian sebanyak beribu ringgit. Menurut akhbar Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menyatakan bahawa nilai kerugian akibat kes jenayah komersial ini mencecah RM6.2 bilion dengan 25,000 kertas siasatan dibuka dari Januari hingga Disember 2019.

Cara mereka ini sangat licik dengan adanya mereka menyamar sebagai ahli keluarga kita, ingin meminjam sejumlah wang dan akan kembalikan wang tersebut dalam masa 24 jam. Namun, setelah sekian lama mangsa baru sedar mereka telah tertipu.

Ada juga agenda lain, mereka menyamar sebagai penguatkuasa, pegawai bank dan banyak lagi. Jadi, bagaimana kita hendak mengesan nombor telefon atau nombor akaun mereka adalah milik scammer?

Pertama, anda perlu taip di Google “semak mule PDRM”. Setelah itu sila tekan “check for scams”

Sila masukkan nombor akaun atau nombor telefon yang anda syaki mereka adalah scammer. Kemudian lengkapkan Captcha.

Isi seperti maklumat di atas dan tekan butang “semak maklumat”

Lihat pada status maklumat.

Jangan mudah terpedaya dengan agenda mereka. Jika anda terkena, jangan panik, semak maklumat dalam portal https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Jika tiada, laporkan pada pihak berkuasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram