Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Mengapa Berat Badan Lelaki Ini Naik 100 kg Ketika Tempoh Kawalan Pergerakan?

Mengapa Berat Badan Lelaki Ini Naik 100 kg Ketika Tempoh Kawalan Pergerakan?

Lelaki ini naik berat badan 100kg lepas perintah berkurung.
Lelaki berusia 26 tahun ini jadi lelaki paling gemuk di Wuhan selepas berat bertambah dari 180kg ke 280kg setelah 5 bulan perintah berkurung.


Berat badan adalah umpama gula dan penyakit umpama semut.
Dengan adanya gula akan menarik perhatian semut untuk berkerumun.
Begitu juga berat badan. Meningkatnya berat badan akan mengundang pelbagai penyakit.
Berat badan yang ideal dikira menggunakan BMI(Body Mass Index).

Cara kira BMI👇🏼

https://www.calculator.com.my/bmi-calculator

<18.5. : Kurang berat badan

18.5-24.9 : Berat badan ideal

25-30 : Berat badan berlebihan

>30 : Obes

NAK TAHU CARA TURUN BERAT BADAN?

1️⃣ Jumlah pengambilan kalori

Kalian perlu tahu berapa kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

Kira disini👇🏼

https://www.freedieting.com/calorie-calculator

Untuk turunkan berat badan, kalian perlu ambil jumlah kalori di bahagian ‘Fat Loss’.Jika untuk kekalkan berat badan, kalori yang kalian perlukan 2000kcal sehari.Setiap hari kalian cuma ambil 1700kcal. Kalian kurang 300kcal setiap hari.Pengumpulan kekurangan kalori 7700kcal akan turunkan berat 1 kg.Begitu juga, jika pengumpulan berlebihan 7700kcal akan menaikkan berat 1 kg.

2️⃣ Apps kira kalori

Jika kalian tak pasti berapa kalori untuk makanan yang dimakan, kalian boleh download MyNutriDiari 2. Kebanyakkan menu makanan Malaysia ada dalam apps ini.Banyak lagi apps lain. Bergantung keselesaan kalian.

3️⃣ Berapa air perlu diminum

Air kosong yang cukup penting untuk memastikan tindakan metobolisma badan semaksimum mungkin.Cara kira, setiap 25kg berat badan perlu 1 liter air.75kg berat badan bermakna 3 liter perlu diminum setiap hari.

4️⃣ Senaman

Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit.Ingat, untuk jadi kurus perlu KONSISTEN. Begitu juga untuk jadi gemuk. Tiada orang jadi gemuk dalam masa sehari!

Kredit: Dr Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram