Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Mari ketahui Cara-Cara Mengenali Emas Palsu

Mari ketahui Cara-Cara Mengenali Emas Palsu

Emas merupakan barang yang sangat berharga. Ia berbeza dengan wang ringgit, jika disimpan dalam tempoh yang panjang, nilai sesebuah emas itu semakin tinggi. Emas boleh disimpan, dipakai dan boleh dijadikan simpanan pelaburan.

Namun, kita perlu berhati-hati semasa membeli emas. Ada kalanya ia nampak asli, namun setelah diteliti dengan betul, sebenarnya ia adalah palsu. Jangan terpedaya dengan harga emas yang begitu murah mungkin itu tektik penjual untuk meraih keuntungan. Kali ini kami ingin kongsikan pengalaman daripada seorang pengguna Facebook Tuan Azizul Azli Ahmad yang mengenali ciri-ciri emas palsu.

7 tips mengenali emas palsu

  1. Uji Dengan Magnet
    Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.

  2. Secara Visual
    Emas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.

  3. Gigit Emas
    Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam. Jadi bolehlah cuba gigit emas yang anda miliki.

  4. Gores emas pada seramik
    Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.

  5. Bawa ke Arahnu
    Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.

  6. Timbang emas
    Jika emas jongkong, bar diatasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.

  7. Minta suami belikan emas
    Jika dia marah marah sebab isteri asik minta emas, maknanya emas tulin. Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulin.

Belilah emas sekarang kerana harga emas terkini tengah murah.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram