Maiesiophilia : Awas!! wanita hamil.

Tahukah anda? Hampir sebanyak 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental berdasarkan kajian pemantauan yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996. Untuk penyakit Maiesiophilia, ia tergolong juga daripada penyakit mental sama seperti penyakit sebelum ini penyakit Pedofilia (mempunyai nafsu seks terhadap kanak-kanak) dan Zoofilia (mempunyai nafsu seks terhadap haiwan).

Apakah Maiesiophilia?

Maiesiophilia adalah satu keadaan di mana seseorang itu taksub ataupun cenderung untuk meminati perempuan yang hamil. Mereka tergolong dalam penyakit mental yang senyap dimana mempunyai keghairahan seksual yang tidak normal atau dikenali sebagai Fetishism.

Wanita yang baru pertama kali hamil mestilah rasa gembira kerana itu adalah detik permulaan seseorang itu menjadi ibu. Mungkin menjadi trend zaman kini mereka akan menayangkan gambar hamil mereka di media sosial. Bagi kita yang normal mungkin perkara itu adalah biasa dan tidak mempunyai isu. Namun bagi mereka yang mempunyai penyakit Maiesiophilia ini, mereka rasa ghairah dan taksub gambar perempuan hamil sehingga menjadi medan pemuas nafsu secara maya.

Pernah terjadinya kes sebelum ini di Malaysia, tersebarnya gambar seorang perempuan hamil di laman web lucah walaupun wanita tersebut berpakaian sopan.

Sumber : Petikan dari akhbar Utusan Malaysia

Jadi, zaman sekarang adalah zaman canggih. Orang lain boleh mengambil gambar kita sesuka hati tanpa izin kerana semua dihujung jari. Sebagai seorang wanita, khusus untuk wanita mengandung, hati- hati lah ketika memuatnaik gambar dan jika boleh, kita elakkan

Kredit: Ryzal Aris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram