Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Lelaki Ini Dedah Maksud Bahagia Rumahtangga Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Lelaki Ini Dedah Maksud Bahagia Rumahtangga Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Perkongsian Dr Redza Zainol menjadi tular apabila beliau berkongsi konsep bahagia suami isteri yang mana orang ramai wajib tahu.

Ada satu pagi, isteri saya minta saya ambilkan kasutnya. 

Saya pun pergi ke rak kasut. Saya tahu kasutnya tak banyak. Jadi rak kasut memang ada satu je. Haha. 

Saya ambil sepasang kasut warna coklat cair. 

Dalam hati saya cakap, “Lusuhnya kasut isteri aku ni.”

Dia ambil dan dia pakai. Siap senyum lagi. 

Malam tu, saya tak boleh tidur. Asyik terfikir kenapa saya tak pernah perasan kasut isteri sendiri. 

Kalau kasut saya dah lusuh macam tu, saya sendiri pun dah tak nak pakai. Berkali-kali fikir pun rasa menyesal tu tetap tak hilang. 

Esoknya, terus saya ajak isteri ke kedai kasut. 

Yang pelik tu, ada kasut yang dia suka, dah pegang, dah pakai dan memang nampak elok. Alih-alih dia kata tak apa lah. Nak balik rumah katanya. 

Geram kan. 

Saya kata kalau tak beli sekarang, habis pula saiz kasut tu. Lagipun tengah ada sales 10%.

Jurujual kat situ anggukkan aje. Eh, senang kerja dia. 

Ditakdirkan kami masuk ke 3 kedai kasut berbeza dan saya belikan 3 pasang kasut untuk dia. 

Dia punya gembira, memang luar biasa. 

Rupa-rupanya, selama ni yang isteri saya sibuk beli barang secara online tu, dia belikan untuk orang lain. 

Beli untuk mak, beli untuk anak-anak, beli untuk saya. 

Untuk diri sendiri, dia kata kemudian pun tak apa. 

Dalam satu buku, diceritakan yang lelaki tu ialah “hunter”. Mereka keluar rumah dan membawa balik makan dan minum untuk keluarga. 

Wanita pula ialah “gatherers”. Mereka suka mencari barang-barang untuk keluarga. 

Bila wanita dapat jumpa barang yang dicari dan diberi pada ahli keluarga, itulah titik bahagia buat mereka. 

Sejak dulu, wanita tu sifatnya memang suka lebihkan orang lain dulu banding dirinya sendiri.

Dan bila suami balas semula usaha isteri tu dengan beri perhatian, luang masa mendengar dan beri hadiah pada isteri, titik bahagia tu makin membesar dan memenuhi tangki emosinya. 

Itulah bahagia.

Kredit : Dr Redza Zainol

slim lift mask face do they work, disposable carbon mask for so2 removal, can i be allergic to a dust mask, darkest face shield sport bike, nolan helmets replacement face shield, coronavirus cell to cell, wearing surgical mask in america, publix stock purchase, what is the pore removal face mask, what oxygen level do i need a respirator, coronavirus by state, black kawaii face masks, lowes rugs in store, american horror story bloody face mask, camgirl wearing surgical mask with something written on it, how many face masks can you use in a week, is precept fluidgard 160 masks n95 compatible, drywall dust mask filter 3m, qualitative respirator fit test form, how do i clean my oreck dust mask, dust mask streetwear amazoin, medline health, face mask with shield anti fog, people who wear face masks in fantasy, dwg of safety face shield, most effective face dust mask, mask ebay, code 99 walgreens, medical visor face shield, how deep can you go with a full face snorkel mask, surgical face mask specifications, how to replace bin respirator kit, midsommar face mask, best detox face mask,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram