Lagi 1.6% Untuk Berjumpa Orang Tersayang, KJ Saran Untuk Membuat Ujian Kendiri Sebelum Rentas Negeri.

Sehingga semalam (RABU), kira-kira 1.6 peratus (Belum divaksinasi lengkap) sahaja lagi sebelum sempadan Negeri bakal dibuka.Terdahulu kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus populasi dewasa mendapat vaksinasi lengkap di negara ini.

Dalam kita mengejar sasaran 90 peratus, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum menziarahi ahli keluarga atau orang yang tersayang.

Image
Self test kit

“(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” tulis beliau di Twitter.

Twitter: Khairy Jamaluddin

Tambahan lagi, kata beliau:

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

“Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya.

Twitter: Khairy Jamaluddin

Berikut adalah perkara-perkara yang kita perlu elakkan sebelum menjalani ujian saringan air liur sendiri

1 jam sebelum menjalani ujian kita perlulah:

  1. Jangan makan dan minum
  2. Jangan merokok dan vape
  3. Kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman (kopi)
  4. Elakkan berus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut/ air garam
  5. Jangan Kunyah gula getah
Image

Sumber: @Khairykj (Twitter) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram