Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Kongkang (Slow Loris). Fakta Menarik Yang Ada Pada Haiwan Ini.

Kongkang (Slow Loris). Fakta Menarik Yang Ada Pada Haiwan Ini.

Kongkang (bahasa Inggeris: Slow Loris) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Kongkang merupakan salah satu dari tiga spesies Loris yang dikelaskan dalam genus Nycticebus iaitu Kongkang Sunda (Nycticebus coucang), Kongkang Bengal (Nycticebus bengalensis) dan Kongkang Kerdil (Nycticebus pygmaeus). Primate Strepsirhini bergerak perlahan ini terdapat dari Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara, sepanjang Bangladesh, Vietnam, Indonesia, India (Timur laut India, Bengal), selatan China (kawasan Yunnan), dan Thailand. Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai dalam perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam daftar spesies terancam.

Ciri-ciri fizikal

Kongkang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga Lorisidae. Kongkang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai monyet kecuali di bahagian mata. Saiz matanya agak besar dan agak menakutkan. Biasanya kongkang menyorokkan diri di celah-celah rimbunan daun-daun. Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak bergerak dalam kumpulan yang ramai. Pergerakan di atas dahan juga agak perlahan. Matanya sedikit kemerahan.

Kongkang dewasa bersaiz antara 21 hingga 38 cm (8.3 hingga 15.0 in), bergantung kepada spesies, dan berat sehingga 2 kg (4.4 lb). Ekornya hanya kontot, dan kaki dan tangannya hampir sama panjang. Bulu kongkang yang pendek dan tebal boleh memiliki pelbagai warna, tetapi yang paling biasa adalah kelabu kemerah-merahan dengan bahagian bawah putih. Kongkang memiliki ibu jari yang bersetentangan maju, yang digunakan bagi mencekam dan mengenggam dahan, dan belakang yang amat lentur.

Salur darah tersusun khas pada pergelangan tangan dan buku lali (rete mirabile) menghalang kekejangan otot dan membenarkan kongkang untuk mencekam untuk tempoh masa yang panjang. Mereka memiliki cakar berdandan pada satu kaki. Matanya luas dan mengarah kehadapan dan juga ke atas, dan penglihatan warna adalah minima. Telinga mereka kecil dan hampir tersorok dalam bulu. Kongkang biasanya lebih kuat berbanding slender loris, dan memiliki deria bau yang kuat.

Pertahanan

Kongkang mampu untuk menghasilkan toxin yang dicampurkan dengan air liurnya sebagai pertahanan daripada musuh-musuhnya. Ibu kongkang akan menjilat toksin ini pada anaknya sebelum meninggalkan mereka untuk mencari makanan. Toksin dihasilkan oleh kelenjar pada bahagian dalam siku mereka. Kongkang menyedutnya ke dalam mulut mereka dan menyampaikannya apabila mereka menggigit atau menjilat. Gigitan Kongkang boleh menyebabkan bengkak yang menyakitkan, dan ia adalah toksin yang ringan dan tidak membawa maut

Cara Permakanan

Kongkang merupakan haiwan yang memakan daging apabila berpeluang. Kebiasaannya ia memakan serangga, siput, mengkarung, burung kecil, telor, dan haiwan bertulang belakang yang lain. Dengan gerakan perlahan dan senyap, mereka mengendap mangsa dan menangkapnya dengan menyambar menggunakan kedua belah tangan. Apabila daging tiada, mereka makan buah, daun muda, dan getah pokok. Kadar metabolis kongkang adalah 40% lebih rendah berbanding anggaran berasaskan saiz.

Cara Pembiakan

Kongkang membiak sepanjang tahun. Selepas tempoh gestasi sekitar 190-hari, kongkang betina melahirkan seekor anak(boleh menjadi dua ekor tetapi jarang sekali). Kongkang biasanya terhad pada satu atau dua anak setahun. Bagaimanapun, kongkang kerdil (Nycticebus pygmaeus) memiliki tabiat mengawan bermusim. Kongkang betina mula subur pada Februari dan Mac, dan bayi kongkang akan lahir pada akhir musim panas.

Kongkang kerdil turut memiliki bilangan anak yang besar. Sekurang-kurangnya 50% sarang memiliki lebih dari satu anak, dimana empat anak direkodkan dalam satu sarang. Kongkang yang baru dilahirkan menggenggam erat pada perut ibunya (atau kadang-kala pada bapanya). Anak kecil dilahirkan agak berkembang, dan si ibu akan meletakkan mereka di dahan pada waktu malam ketika mencari makanan. Anak kongkang mula makan makanan pejal ketika berusia empat minggu dan berhenti menyusu ketika berusia enam bulan. Kematangan seksual dicapai pada sekitar 10 hingga 24 bulan. Jangka hayat kongkang adalah sekitar 14 tahun hidup liar dan 26 tahun dalam kurungan.

Kredit : Dunia Pencinta Haiwan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram