Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Ketahui Punca dan Rawatan kepada Penyakit (GERD) Atau Pedih Ulu Hati

Ketahui Punca dan Rawatan kepada Penyakit (GERD) Atau Pedih Ulu Hati

Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD) atau pedih ulu hati terjadi apabila otot di bahagian bawah saluran esofagus menjadi longgar dan asid daripada perut naik ke esofagus tidak dihalang.Asid akan masuk(refluks) ke dalam esofagus serta menghakis dinding esofagus dan menyebabkan keradangan seterusnya pedih ulu hati berlaku.

TIPS UNTUK MENGELAKKAN GERD

1️⃣ Bagi pesakit yang obes, penurunan berat badan ke tahap yang ideal dapat mengurangkan masalah ini.

2️⃣ Elakkan makanan berlemak dan pedas yang boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus.

3️⃣ Makan makanan yang mengandungi fiber/serat yang tinggi.

4️⃣ Elakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Tidak baring dalam masa lebih kurang 3 jam selepas anda makan.

5️⃣ Kurangkan atau berhenti meminum minuman berkafein/berkarbonat/alkohol.

6️⃣ Amalkan mengunyah banyak kali sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih lama anda mengunyah, lebih banyak enzim yang akan dirembeskan bersama air liur yabg berupaya meneutralkan asid di dalam makanan anda.

7️⃣ Jangan makan dalam keadaan baring atau berdiri. Jangan makan berlebihan.

8️⃣ Stres menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan dan boleh mencetuskan rasa pedih ulu hati

9️⃣ Tidur secara mengiring ke sebelah kanan ketika tidur waktu malam juga membantu mengurangkan reflux.

🔟 Berhenti merokok kerana merokok boleh menjejaskan fungsi otot esofagus.

APAKAH RAWATAN GERD?

✅ Antasid(untuk meneutralkan asid perut) seperti MMT(magnesium tricylicate Mixture).

✅ H-2 receptor blockers seperti cimetidine, famotidine, dan ranitidine.

✅ Proton pump inhibitors (untuk mengurangkan penghasilan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh) seperti pantoprazole,omeprazole dan esomeprazole(nexium).

Kredit: DrAhmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram