Ketahui Langkah Mudah Membaik Pulih Pendrive Atau Laptop Yang Terkena Virus/Shortcut.

Pernah terjadi kepada kita pendrive kosong apabila dibuka dan terjadinya shortcut akibat virus. Perkongsian menarik yang dikogsikan oleh Humansick tentang bagaimana cara untuk membaik pulih pendrive atau laptop yang terkena virus/shortcut.

Berikut adala beberapa langkah yang boleh dilakukan:

  1. Tekan “Windows + R” serentak nanti akan keluar “RUN” dan taip “cmd” pada kolum “open” dan enter. @ buka cmd pada Windows>All Program>Accessories>Command>Promph.
  2. Selepas buka “cmd” anda perlu pilih drive mana yang mahu dibaik pulih, contohnya saya ambil drive F kerana pendrive saya berada di drive F. Anda perlu taip F.
  3. Kemudian enter, akan keluar “F:\>” ( Standard laptop atau Pc drive C untuk windows, drive D untuk data, jadi pendrive akan berada pada drive E keatas.
  4. Kemudian anda perlu taip “attrib-s-h*.*/s/d” dan enter.
  5. Tunggu sehingga keluar balik perkataan “F:\>”.
  6. Setelah perkataan ini keluar “F:\>” bermakna anda telah berjaya.
  7. Terakhir, anda boleh membuka smula pendrive anda, akan kelihatan file-file yang hilang / hide disebabkan virus.

Kredit: Humansick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram