1 – Apa beza emel bisnes dengan emel peribadi?
2 – Kenapa anda perlu emel khas untuk bisnes?
3 – Bagaimana anda mahu dapatkan emel bisnes?

Ok. Sekarang bayangkan anda baru pindah rumah. Banyak perkara kena dilakukan untuk rumah tersebut. Kebanyakannya bahagian ubah suai rumah. Kita ambil 1 contoh, anda perlu pasang kabinet dapur. Kini anda perlu upah seseorang untuk lakukan perkara ini. Betul?

Maka anda carilah tukang pasang kabinet dapur di dalam Facebook seperti ini;

Hai. Saya baru pindah rumah ni. Ada sesiapa tak boleh tolong pasangkan kabinet dapur? Mohon emel ke ikhlasjohn@gmail.com

Selepas beberapa hari anda pun mendapat emel seperti yang dimahukan. Ada 2 emel yang masuk. Jadi anda lihat emel dibawah;

1 – arif3belang@gmail.com
2 – mael@kabinetdapur.com

Berdasarkan 2 emel di atas, emel mana yang anda rasa boleh dipercayai? Ok mari kita huraikan.

Emel mael lebih nampak meyakinkan kerana emelnya seperti nampak dari real bisnes. Manakala emel arif3belang agak meragukan kerana nampak kurang profesional.

Emel bisnes diwujudkan sebagai alat komunikasi khas untuk tujuan bisnes dan kebiasaannya diakhiri dengan nama domain syarikat [@kabinetdapur.com].

Memilik emel bisnes mungkin nampak remeh untuk anda. Tapi sebenarnya memberi impak besar kepada bisnes. Sebagai contoh akan memberi kredibilti untuk bisnes anda dan nampak profesional.

Emel bisnes juga boleh membuatkan anda lebih konsisten dalam komunikasi bisnes. Contoh, jika anda ada 10 orang dalam syarikat dan menggunakan emel yang sama (menggunakan nama domain syarikat), ahli dalam syarikat seperti nampak bekerjasama.

Emel pada nama domain syarikat juga boleh menjadi 1 alat marketing mudah sebagai alat brand awareness. Kebiasaannya bila anda dapat emel mael@tukangcathebat.com, kebiasaanya orang akan ingat brand anda, juga boleh menjadi salah satu sumber trafik ke laman web anda (kabinetdapur.com).

Sebenarnya anda tak perlu pun ada pekerja yang ramai untuk memiliki emel bisnes. Cukup sekadar nama domain dan emel server pada harga yang berpatutan.

Seperkara lagi, sekiranya anda seorang saja yang bekerja dalam perniagaan. Anda boleh memiliki beberapa emel khas yang lain. Misalnya hello@kabinetdapur.com, sales@kabinetdapur.com dan tempah@kabinetdapur.com.

Jadi sekiranya perniagaan anda semakin maju, anda boleh saja assign emel-emel ini kepada pekerja.

Persoalan lain;

Saya punya emel peribadi dah dikenali ramai dalam bisnes ini, perlu juga ke emel bisnes?

Once anda dah ada emel bisnes, anda boleh saja buat forwarding setting dari emel peribadi ke emel bisnes. Secara automatik.

Nak dapatkan emel bisnes ini mudah saja, boleh ke https://onws.tk/myserverfreak untuk mulakan bisnes emel anda.

1 – Anda perlu ada adalah domain.
2 – Hosting.

Isi maklumat penting dan anda good to go untuk memiliki emel bisnes.

Rasa renyah untuk lakukan?
Emel kami (hola@wesbtation.com.my) atau WhatsApp untuk dapatkan servis ini, kami boleh bantu anda sebaik mungkin.