Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi

Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh barakah dimana ia berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Telah diperintahkan oleh Allah S.W.T ke atas semua orang-orang mukmin untuk berpuasa pada bulan ramadan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 183:

اَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Ayat al-quran tersebut jelas kewajipan untuk berpuasa dalam bulan ramadan bagi orang-orang yang beriman. Bukan itu sahaja, setiap amalan kebaikan yang kita lakukan, akan dilipat gandakan pahala pada bulan tersebut. Bulan ramadan juga, telah wujudnya peristiwa-peristiwa penting yang menajubkan seperti:

  1. Turunya kitab Al-Quran
  2. Kewafatan Saiditina Khadijah
  3. Kejadian Malam Lailatul Qadar
  4. Perang Badar
  5. Pembebasan Kota Mekah
  6. Kewafatan Ali Bin Abi Talib

Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi juga mengawal diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan serta mengurangkan pahala puasa.

Kali ini, kami ingin menerangkan kelebihan berpuasa dari sudut psikologi dan apakah kesan terhadap fizikal sekirannya manusia tidak makan dan minum selama 12 jam atau lebih.

Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi

Dengan berpuasa, ianya dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Semasa berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran, amalan ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda dan jiwa, malah dapat meningkatkan keupayaan memori.

Dari aspek psikologi, manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu fizikal, emosi, kognitif dan spiritual. Berdasarkan komponen itu, puasa di bulan Ramadan diharapkan dapat melatih fizikal, emosi, kognitif dan spiritual untuk melakukan transformasi ke arah kebaikan dituntut Islam. Ramadan juga mendidik diri menghayati konsep hablun min Allah (hubungan dengan Allah) dan konsep hablun minannas (hubungan sesama manusia). Hubungan itu terserlah dalam ibadah dan akhlak yang dilakukan sepanjang Ramadan dan diharap diteruskan selepas Ramadan.

Puasa juga mendidik jiwa seseorang insan untuk berkongsi nikmat dikurniakan dengan memperbanyakkan amalan sedekah yang mampu membersihkan jiwa daripada perasaan sombong. Puasa mampu menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong dan hasad dengki. Apabila seseorang itu berpuasa, ia mampu membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung menerapkan sifat rendah diri terhadap orang lain dalam diri. Puasa juga mendidik jiwa dengan sifat belas ihsan terhadap orang lain yang hidup susah dan kurang bernasib baik. Dengan itu, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang hidup serba kekurangan.

Di samping itu ibadat puasa juga mendidik manusia supaya bersifat sabar kerana dengan sifat sabarlah kebiasaannya seseorang itu dapat membentuk karakter dan peribadi yang bermutu tinggi dan mampu membentuk sebagai pemimpin yang terkenal yang membawa dirinya ke peringkat yang dimuliakan, dihormati serta dikasihi. 4 Sifat sabar adalah seiring dengan sifat tawakal, sebab orang yang bertawakal mestilah
sabar dalam menghadapi tanggungjawabnya dan meneruskan perjuangannya, juga tenang dalam menjalankan urusannya hingga sampai kepada matlamatnya.

Dengan berpuasa, emosi kita akan terdidik dan berubah kepada yang lebih stabil dan rasional. Orang yang berpuasa perlu bersabar menunggu waktu berbuka dan menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sifat pemarah akan berkurang, lebih bersimpati dan memahami perasaan orang lain, hati jadi lembut dan berbagai-bagai lagi perkara positif berkaitan emosi.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan, emosi dan psikologi. Di bulan yang mulia ini, bersamalah kita perbaiki diri ke arah yang lebih positif. Semoga Ramadan kali ini, memberi manfaat kepada kita semua dan berterusan melakukan kebaikan bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi tetap istiqomah pada bulan-bulan yang lain.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Kredit: Nazlinda binti Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram