Topik kali ini kami akan menjawab beberapa persoalan seperti:

1 – Apakah itu co-branding?
2 – Bagaimana ia boleh membantu perniagaan?
3 – Bagaimana nak mencari rakan jenama yang boleh bekerjasama?

Dalam pasaran yang sengit, kadang kala kita akan nampak banyak jenama akan bertungkus lumus untuk mendapatkan pelanggan. Perkara ini adalah sukar pada zaman sekarang tambahan dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang boleh diusulkan adalah bekerjasama dengan rakan jenama lain dalam keadaan win-win situation. Ada 2 cara yang biasa digunakan.

Rakan kerjasama ini boleh membina 1 produk baru. Misalnya kita boleh bergabung produk paling laku di syarikat A + produk paling laku di syarikat B untuk bina produk C. Situasi ini boleh disuaikan antara syarikat yang mana lebih baik.

Anda mungkin pernah mendengar beberapa produk kerjasama sebelum ini. Misalnya:

1 – Adidas x Kanye West = Yeezy
2 – GoPro x RedBull = Stratos
3 – Nike x Apple = Apple Watch Nike+ Series

Dan banyak lagi beberapa syarikat lain yang lakukan perkara ini.

Co-branding bukan saja boleh buat produk baru yang lebih menarik. Tetapi boleh mencapai beberapa matlamat bisnes yang dimahukan.

Hasil dari kerjasama ini, setiap syarikat akan dapat audience baru dalam pasaran.

Syarikat kerjasama dapat audience baru. Audience dapat produk baru yang lebih menarik.

Sebagai contoh Nike x Apple = Apple Watch Nike+ Series.

Peminat Apple boleh dapat produk baru daripada Nike, dan peminat Nike boleh produk baru daripada Apple. Jadi ini boleh meningkatkan jualan lebih tinggi.

Selain daripada itu, kos pembuatan produk boleh diminimakan dengan menggunakan resources yang ada di antara 2 syarikat terlibat.

Co-branding tidak semestinya melibatkan 2 syarikat besar. Boleh saja diguna pakai untuk syarikat kecil.

Untuk permulaan syarikat yang mahu bina co-branding perlu mencari rakan kerjasama yang ideal untuk mencapai matlamat semaksima mungkin.

Cari syarikat yang boleh memberi value yang sama untuk diberikan kepada target audience. Akan tetapi, bekerjasama dengan direct competitor sangatlah tidak ideal.

Sebagai contoh;

Pakej website untuk pemilik kedai makan yang berpatutan.

Webstation Technology x GetSlurp untuk mencapai audience yang lebih kurang sama.

Webstation Technology boleh beri penyelesaian membina website.

GetSlurp boleh mendapatkan sistem POS untuk pemilik kedai makan.

Semua ini dipakejkan dalam 1 produk yang menarik untuk pelanggan yang mahukan servis ini.

Selepas memilih rakan kerjasama, kita perlu sentiasa berbincang supaya kerjasama ini berjalan lancar.

Lihat apa yang ditawarkan antara rakan kerjasama. Apakah perbezaan yang ada. Apakah yang boleh diberikan supaya saling melengkapi.

Yang pasti lihat pada matlamat. Adakah projek co-branding ini boleh mencapai matlamat yang dimahukan.

Sekiranya dah capai kata sepakat, rakan kerjasama perlulah mencipta produk yang mahu diberikan kepada pelanggan.

Sebolehnya rakan kerjasama perlu transparent sesama mereka sepanjang projek co-branding ini berlangsung.

Jadi apa pandangan anda untuk ini? Boleh tinggalkan komen di bawah.

Leave a comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.