Jom Kenali Perdana Menteri Ke-9 Malaysia-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan. Tahniah diucapkan kepada Datok Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

BIODATA DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

Nama penuh: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Umur: 61 tahun (2021)
Isteri: Datin Sri Muhaini Zainal Abidin
Anak: 4 orang anak (termasuk bekas peserta Akademi Fantasia, Dafi )

PENDIDIKAN

• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

JAWATAN DALAM KERAJAAN:

2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan
2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan
2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
2020-2021 : Menteri Kanan (Keselamatan)
Timbalan Perdana Menteri

JAWATAN DALAM POLITIK:

1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh
1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh
1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh
2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh
2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh
2019 : Ketua Pembangkang
2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO  
WAKIL RAKYAT : 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera & Ketua Bahagian UMNO Bera 

ANUGERAH

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2020)

Sumber: Utusan,Bharian


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram