Istilah-Istilah Porpular Yang Digunakan Ketika Gejala Virus Covid-19 Ini Menular

Wabak Covid-19 ini sebetulnya adalah ancaman kepada negara dan dunia. Banyak sektor-sektor yang terjejas akibat daripada penularan virus tersebut. Antara sektor yang terjejas dengan sangat teruk adalah dalam sektor pelancongan dimana ketika ini orang ramai tidak dibenarkan melancong ke luar negara. Ini semestinya memberi kesan kepada perangsangan ekonomi bagi sesebuah negara.

Namun ketika kita sibuk memerangi Virus Covid-19 ini banyak istilah-istilah atau perkataan baru yang berkait rapat dengan diri kita berikutan penularan virus tersebut seperti Covid-19 itu sendiri, PKP, PKPB dan sebagainya. Namun mungkin dikalangan kita sudah lupa akan maksud setiap istilah-istilah tersebut. Disini kami kongsikan semula istilah tersebut dan apakah maksudnya yang sedikit sebanyak memberi manfaat kepada tidak semua.

Umum (Seluruh Dunia) :

  • Coronavirus

Atau virus korona ialah sekumpulan virus berkaitan yang juga merupakan penyebab bagi penyakit di kalangan haiwan mamalia dan burung. Virus-virus ini berupaya menjangkiti manusia bermula dengan simptom-simptom saluran pernafasan yang ringan seperti selesema.

  • Covid-19

Nama rasmi baharu bagi coronavirus singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit. 19 adalah tahun munculnya virus ini.

  • Endemik

Endemik bermaksud kejadian sesuatu penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Bilangan kes penyakit tersebut sentiasa ada namun masih pada kadar yang stabil. Dengan kata lain, kewujudan sesuatu penyakit tersebut sentiasa dijangka dan biasanya pada kadar yang tetap dan rendah. Contoh penyakit yang sentiasa ada ataupun endemik di Malaysia adalah penyakit Tangan Mulut dan Kaki (HFMD).

  • Epidemik

Sekiranya bilangan kes sesuatu penyakit tersebut mendadak naik melebihi kadar yang biasa, ia dipanggil wabak atau epidemik. Biasanya, peningkatan kes sesuatu penyakit yang mendadak itu akan jelas kelihatan dalam sesuatu komuniti dan lingkungan masa yang tertentu melalui aktiviti pemantauan atau surveilans.

  • Pandemik

Pandemik merujuk kepada wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Salah satu ciri pandemik adalah melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi sehingga menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) yang mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut.

  • Simptom

Tanda-tanda yang menunjukkan sesorang itu berpenyakit

  • Kuarantin/Quarantine

Memisahkan dan menyekat pergerakan orang ramai daripada terdedah kepada penyakit itu untuk melihat sama ada mereka sakit.

  • Disinfeksi atau Nyahkuman/Disinfected

Membawa maksud dibersihkan untuk memusnahkan kuman itu. Contoh membersihkan rumah dengan anti virus atau bahan-bahan tertentu.

Dalam Negara (Malaysia):

  •  PKP

Merujuk kepada “Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020”

  • PKPD

Merujuk kepada “Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan”

  • PKPB

Merujuk kepada “Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat”

  • PKPP

Merujuk kepada “Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan”

  • Kluster

Merujuk kepada “Kumpulan pesakit daripada sumber jangkitan dan hubungan yang sama”

  • New Normal

Merujuk kepada “Amalan yang sebelum ini bukan amalan biasa akan menjadi kelaziman atau amalan biasa.

  • Kontak Rapat/Close Contacts

Merujuk kepada ” Mengenal pasti mereka yang telah terdedah kepada mereka yang dijangkiti bagi mendapat maklumat lanjut tentang kontak atau pendedahan berkenaan”.

  • Wabak/Outbreak

Berlaku  berikutan jumlah kes penyakit itu lebih tinggi daripada jangkaan biasa. 

Kredit: sinarplus.sinarharian, Wikipedia, bhonline

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram