Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Ini Adalah 7 Kereta Paling Laju Di Dunia.

Ini Adalah 7 Kereta Paling Laju Di Dunia.

Hari ini kita akan bercerita tentang 7 kereta produksi yang boleh dibeli dan merupakan antara kereta yang terlaju pernah dihasilkan.Kereta-kereta ini juga sah untuk digunakan atas jalanraya.

Tetapi sebelum itu kita akan bercerita sedikit sejarah dalam percubaan manusia untuk menghasilkan kereta produksi paling laju sepanjang zaman.Sebagai permulaan, kita semua tahu kereta pertama yang pernah dihasilkan ialah 1894 Benz Velo yang hanya mencatatkan kelajuan setinggi 20km/h.Ada beberapa rekod dihasilkan sepanjang tahun sehingga 1950, antaranya Jaguar XK120 dengan catatan sehingga 200km/h.Semenjak rekod yang dihasilkan oleh Jaguar tersebut, pelbagai syarikat kereta berlumba-lumba untuk menjadi yang terulung dalam penghasilan kereta yang terpantas.Antara jenama yang memegang takhta paling lama dalam kategori kereta paling laju di dunia adalah Mclaren F1 yang mencatatkan kelajuan setinggi 391 km/h (kereta itu dihasilkan sepanjang 1992 sehingga 1998).Namun pada tahun 2005, Bugatti telah memecahkan rekod dengan model mereka iaitu Bugatti Veyron pada kelajuan 415 km/h.Sejak dari itu, pelbagai syarikat kereta yang berprestij tinggi makin serius dalam penghasilan kereta terpantas.

Senarai dibawah merangkumi 7 kereta terpantas di dunia pada masa kini.

7. McLaren SPEEDTAIL: 402 Km/h

Ini adalah pencabar terbaru dalam dunia mengejar kelajuan, McLaren speedtail dihasilkan pada 2019 dan ia dianggap sebagai penyambung legasi model terdahulu iaitu McLaren F1. Ianya dipanggil sebagai penyambung legasi mungkin disebabkan bahagian dalaman kereta tersebut.

Kedua-dua kereta ini mempunyai bahagian dalaman yang unik.Tiga kerusi di hadapan dengan kerusi bahagian pemandu yang berada di tengah (ala2 F1).

McLaren F1
McLaren Speedtail

Spefikasi:

Engine:twin-turbo, 4.0-liter V-8 hybrid
Horsepower:1,035
Torque:848
0-60 mph:2.5 seconds (estimate)

6.Koenigsegg Agera R: 418 Km/h

Koenigsegg Agera R, walaupun model ini sudah lama (2011-2014) dan tidak sepantas model terbaru mereka iaitu Agera RS.Model ini masih menghasilkan prestasi yang bagus dan bertahan dalam kedudukan kereta terpantas di dunia.

interior

Spefikasi:

Engine:twin-turbo, 5.0-liter V-8
Horsepower:1,124
Torque:885
0-60 mph:2.7

5. Bugatti Chiron: 420 Km/h

Chiron diperkenalkan pada 2016 sebagai model pengganti untuk Veyron, enjin yang digunakan adalah sama dengan Veyron dengan talaan yang lebih berkuasa iaitu 1479 kuasa kuda dan 1180 tork.Model ini mencatatkan kelajuan 420, kurang sedikit dari kelajuan model terdahulu iaitu Veyron Super Sport.Berbeza pula dengan pendapat netizen, mereka merasakan model ini boleh mencatatkan kelajuan yang lebih tinggi, tetapi Bugatti mengehadkan kuasa enjin Chiron ini

interior

Spefikasi:

Engine:quad-turbo, 8.0-liter W-16
Horsepower:1,479
Torque:1,180 
0-60 mph:2.6 seconds

4.Bugatti Veyron Super Sport: 431 Km/h

Walaupun model ini sudah berusia hampir 16 tahun pada tahun ini (2021), namun ianya masih merupakan antara model yang terlaju pada ketika ini.Pada tahun 2010 Bugatti telah mencipta rekod dan mendapat kelajuan setinggi 431 Km/h,lantas membuatkan model ini menjadi kereta terempat paling laju pada waktu itu.Namun kereta yang digunakan untuk mencipta rekod sedikit berlainan, kerana model ini hanya mampu mencatatkan kelajuan setinggi 415 Km/h atas faktor menjaga tayar.

interior

Spefikasi:

Engine:quad-turbo, 8.0-liter W-16
Horsepower:1,184
Torque:1,106
0-60 mph:2.6 seconds

3.Hennessy Venom GT: 434 Km/h

Venom Gt diperkenalkan pada tahun 2011 dan dihasilkan sehingga 2017, walaupun enam tahun produksi kereta namun syarikat ini hanya mengeluarkan 13 model sahaja.Badan kereta ini dihasilkan dengan badan yang sama digunakan oleh Lotus Exige.Namun begitu, enjinnya yang digunakan adalah hasil talaan dari General Motor’s LS7 V-8.Venom Gt mencatatkan rekod kelajuan tertinggi pada Februari 2014 dengan kelajuan tertinggi 434 Km/h.Walaupun mencatatkan rekod tertinggi pada waktu itu, Guinnes Book of Records tidak mengesahkan kerana syarikat ini tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Guinnes Book of Records

interior

Spefikasi:

Engine:twin-turbo, 7.0-liter V-8
Horsepower:1,244
Torque:1,155
0-60 mph:2.7 seconds

2.Koenigsegg Agera RS: 447 Km/h

Agera RS merupakan versi yang paling berkuasa dalam varian Agera.Model ini menjadi kereta terpaling pantas pada tahun 2017.Rekod tersebut bertahan selama dua tahun namun pecutan kereta ini masih lagi yang terpantas sehinnga sekarang.Model ini hanya dibuat sebanyak 25 buah.

interior

Spefikasi:

Engine:twin-turbo, 5.0-liter V-8
Horsepower:1,341
Torque:1,160
0-60 mph:2.6 seconds

1.Bugatti Chiron Super Sport 300+: 489 Km/h

Ia adalah model Chiron biasa yang telah dinaiktaraf, model Chiron sudah mencatatkan kelajuan setinggi 420Km/h dan mendapat tempat dalam antara kereta yang paling pantas di dunia.Namun, Bugatti mahu mencipta rekod yang lebih tinngi jadi terlahirlah model Chiron Super Sport 300+.Enjin dan ratio gear yang telah dinaik taraf dan badan belakang kereta ini juga dipanjangkan sebanyak 10 inchi untuk aerodinamik yang lebih baik.Kereta ini hanya dihasilkan sebanyak 30 buah untuk melayakkan penyertaan dalam Guinnes World Records.

Engine:twin-turbo, 5.0-liter V-8
Horsepower:1,341
Torque:1,160
0-60 mph:2.6 seconds

Sumber: Wikipedia, Laman web TopSpeed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram