Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Penting! Jom Ketahui Gejala Strok Agar Lebih Berhati-hati?

Penting! Jom Ketahui Gejala Strok Agar Lebih Berhati-hati?

“Dah berapa lama perasan begini?”

“Dari semalam lagi”

“Habis tu kenapa baru pagi ini bawa ke hospital?”

“Ingat biasa”

Strok atau angin ahmar adalah keadaan di mana berlaku serangan pada bahagian otak disebabkan gangguan pada perjalanan dan jumlah bekalan darah ke otak. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh salur darah yang terlalu sempit atau pecah. Otak merupakan organ utama yang mengawal segala aktiviti pada tubuh. Apabila bekalan darah dan oksigen terganggu, ia boleh menyebabkan tisu otak rosak dan mati.

Pelbagai fungsi tubuh akan terganggu, termasuk sistem pernafasan dan keupayaan untuk menelan. Berdasarkan statistik, strok merupakan punca kematian terbanyak di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser. Setiap tahun dianggarkan 40,000 orang rakyat Malaysia mengalami strok. Strok boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia. Satu per tiga daripada mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah tersebut. Ini kerana masyarakat tidak selalu menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

JENIS- JENIS STROK

1) Thrombotic/ischaemic strokeIa berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.

2) Haemorrhagic strokeIni berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah

APAKAH GEJALA STROK?

~ Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan, ataupun kaki terutamanya jika hanya pada sebelah bahagian badan sahaja.

~ Tiba-tiba sukar menelan.

~ Mendadak kurang sedar, mengantuk, sukar bercakap atau memahami percakapan.

~ Tidak dapat melihat sama ada dengan sebelah mata atau kedua-dua belah mata.

~ Tidak stabil apabila berjalan, pening, hilang keseimbangan atau koordinasi.

~ Sakit kepala yang teruk dan tidak diketahui puncanya, disertai dengan muntah dan mual.

Sekiranya kita nampak seseorang yang mempunyai mana-mana simptom di atas, kita dapat menggunakan BE FAST bagi mengenal pasti dengan cepat adakah orang itu sedang diserang strok.

1) B untuk BALANCE-Hilang kawalan atau tidak stabil ketika berjalan.

2) E untuk EYE-Mengalami kabur mata atau hilang penglihatan secara tiba-tiba.

3) F untuk FACE-Wajah tidak simetri atau herot sebelah apabila pesakit disuruh senyum.

4) A untuk ARMS-Apabila pesakit disuruh meluruskan kedua-dua belah tangan ke depan untuk seketika sambil menutup mata, didapati salah satu tangan akan turun menandakan kelemahan.

5) S untuk SPEECH-Percakapan pesakit kurang jelas daripada segi sebutan, atau kurang tepat dari segi maksud, atau tidak mampu untuk bertutur apa-apa.

6) T untuk TIME-Sekiranya kita perhatikan orang itu mempunyai antara tanda yang di atas, segera dapatkan rawatan perubatan.

TINDAKAN AWAL DISERANG STROK

– Bawa mereka secepatnya ke hospital.

– Setiap minit adalah penting apabila seseorang diserang strok.

– Lebih lama darah berhenti mengalir ke dalam otak, lebih teruk keadaannya dan lebih sukar untuk pulih.

Kredit: Dr Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram