Ikan Bilis Mata Biru, Apa Keistimewaannya?

Ikan bilis sememangnya menjadi kegemaran masyarakat melayu atas kepelbagaiannya dijadikan hidangan dalam masakkan. Banyak menu masakan melayu yang berkait rapat dengan ikan seperti yang kita tahu. Di sini kami kongsikan keunikkan ikan bilis mata biru yang menjadi kesukaan orang ramai. Ikan bilis mata biru mendapat gelaran demikian kerana memiliki mata berwarna biru. Menurut sesetengah orang tua di Sabah, ikan bilis ini bermata biru kerana ia tinggal di lautan biru yang dalam.

Selain warna matanya yang biru, ikan bilis mata biru juga bersaiz kecil, tiada tulang dan perut. Antara faktor yang menjadikannya sangat digemari kerana rasanya yang kurang masin, sangat rangup dan tidak liat apabila digoreng. Sangat sesuai untuk dicampur dalam bubur, dibuat sambal nasi lemak atau masak dengan petai dan lain-lain. Ikan bilis ini juga tahan disimpan di dalam peti sejuk selama lebih sebulan tanpa mengurangkan kualitinya.

Ikan bilis mata biru ini diasingkan mengikut gred iaitu gred A, gred B dan gred C. Gred A adalah yang paling mahal namun harganya bergantung kepada musim. Pengeluaran ikan bilis mata biru ini adalah bermusim dan ianya dikeluaran sebanyak tiga kali setahun.

Tawau merupakan pembekal atau pengeluar ikan bilis mata biru utama di Malaysia dengan kualiti gred yang terbaik. Ini kerana persekitaran laut Tawau yang tidak tercemar dan bersih yang menjadi faktor utama ikan bilis membiak dan hidup dengan subur. Selain di Sabah, ikan bilis mata biru juga boleh diperolehi di Pulau Pangkor dan Langkawi.

Hampir setiap hari pelanggan yang berkunjung di Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu pasti akan membeli ikan bilis mata biru ini dan produk istemewa ini dianggap sebagai pembuka rezeki bagi peniaga produk hasil laut disana. Kebanyakan peniaga gerai di pasar terbabit menjual ikan bilis mata biru yang turut menjadi pilihan ramai bagi kegunaan sendiri, selain sebagai ‘buah tangan’ dalam kalangan pengunjung luar khususnya dari Semenanjung, Sarawak dan Brunei.

Kredit: Image, pasarkeringsabah.company.site, quanbiz.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram