Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Haiwan Utama Yang Terlibat Dalam Filem "Ice Age"

Haiwan Utama Yang Terlibat Dalam Filem “Ice Age”

Filem Ice Age adalah filem yang terkenal diarah oleh Steve Martino & Mike Thurmeier. Tiga watak utama yang kita semua ketahui dari filem Ice Age semuanya berdasarkan pada haiwan yang hidup pada zaman glasier yang bermula pada zaman Pleistocene. Walau bagaimanapun, identiti tupai yang bergigi pedang bernama Scrat ternyata mengejutkan ramai pihak.

Manny Si Mammoth Berbulu

Manny adalah mammoth berbulu (Mammuthus primigenius), spesies yang hidup kira-kira 200,000 tahun yang lalu di timur Eurasia dan Amerika Utara. Raksasa berbulu itu sama besarnya dengan gajah Afrika tetapi mempunyai beberapa perbezaan dengan gajah pada masa kini. Tubuhnya berkulit telanjang, mempunyai bulu yang sangat tebal di seluruh tubuhnya yang terdiri daripada rambut pelindung yang panjang dan lapisan bawah yang lebih pendek dan padat. Ia mempunyai telinga raksasa yang lebih kecil dari gajah Afrika yang berfungsi membantu mengekalkan badan yang panas dan meminimumkan risiko daripada kesejukkan.

Perbezaan lain antara mammoth dan gajah lain ialah mempunyai sepasang gading yang sangat panjang yang melengkung di busur yang berlebihan di wajahnya. Fungsinya seperti gading gajah biasa yang digunakan sebagai pertahanan dalam melawan pemangsa serta gajah-gajah dewasa lain yang mengancam mereka. Gading juga digunakan untuk menggali, mencari makan, mengupas, dan memindahkan sesuatu objek ke tempat lain.

Sid Si Sloth Tanah Gergasi

Sumber gambar: dinopedia.fandom.com

Sid adalah sloth tanah gergasi (keluarga Megatheriidae), sekumpulan spesies yang berkaitan dengan sloth yang selalu berada di pokok, tetapi ia amat berbeza sekali. Sloth tanah raksasa tinggal di tanah dan bukannya di pohon dan ukurannya sangat besar (hampir dengan ukuran mammoth). Mereka memiliki kuku yang besar (panjangnya sekitar 25 inci), tetapi mereka tidak menggunakannya untuk menangkap binatang lain.

Kajian terbaru dari kotoran slos fosil menunjukkan bahawa makhluk gergasi ini memakan daun pokok, rumput, pokok renek, dan tanaman yucca. Sloth Zaman Ais ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi secara beransur-ansur bergerak ke utara ke wilayah selatan Amerika Utara.

Diego Si Smilodon

Gigi taring panjang Diego memberikan identitinya sebagai kucing yang bergigi pedang atau lebih tepat dikenali sebagai smilodon (Genus Machairodontinae). Smilodon merupakan kucing terbesar yang pernah berkeliaran di bumi telah tinggal di Amerika Utara dan Selatan semasa zaman Pleistosen. Kucing ini memiliki postur dan ukuran tubuh sama dengan harimau, dengan panjang mencapai 120 cm dan berat susuk tubuhnya antara 220 hingga 400 kg. Senjata utama haiwan tersebut adalah giginya yang mampu menembusi tenggorak lawannya.

Scrat Si Tupai Bergigi Pedang

Sumber gambar: livescience.com

Tidak seperti Manny, Sid, dan Diego, Scrat si tupai “bergigi pedang” yang selalu mengejar biji jagung tidak berdasarkan binatang yang sebenarnya dari Pleistosen. Dia adalah gambaran dari imaginasi pengarah filem yang mengarah cerita Ice Age. Tetapi, pada tahun 2011, fosil mamalia aneh ditemui di Amerika Selatan yang mirip Scrat. “Makhluk seperti tikus primitif tinggal di zaman dinosaurus pada 100 juta tahun yang lalu, mempunyai gigi yang sangat panjang, dan mata yang besar.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram