Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Games (Permainan Video), Tahukah Kita Proses Pembikinannya?

Games (Permainan Video), Tahukah Kita Proses Pembikinannya?

Permainan video ataupun lebih ramai yang kenali sebagai games adalah satu permainan menjadi kegilaan ramai orang tidak kira usia tua atau muda. Terdapat banyak medium yang menyediakan permainan games antaranya adalah Console, Komputer/Laptop dan juga telefon pintar. Banyak jenis games yang ada ketika ini menjadi kegilaan ramai orang, ada games berbentuk pengembaraan (adventure), perang (war), lumba (race) dan banyak lagi kategori-kategori lain yang di sediakan.

Jenis-jenis console yang terdapat di pasaran

Namun begitu, kita asyik dengan keseronokkan bermain games tahukah kita bagaimana proses pembikinan sesebuah permainan video? Baik, sekarang kami akan kongsikan kepada kalian secara ringkas bagaimanakah proses pembikinan viedo games itu terjadi.

Permainan video ataupun games secara asasnya boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu “high end” dan juga “mobile games”. Proses pembikinan kedua kategori games tersebut adalah sangat berbeza. Ini kerana, untuk pembikinan permainan video yang “high end” memerlukan masa yang sangat panjang dan sangat rumit untuk pembikinannya. Pembikinan games sama juga seperti proses pembikinan sebuah filem di mana ada fasa Pra-Produksi, Produksi dan juga post-produksi.

Pra-produksi adalah satu peringkat di mana idea terbentuk, dan juga konsep iaitu bagaimana permainan video itu berfungsi dan bagaimana paparan untuk permainan video tersebut ketika bermain. Kerana setiap scene perlu di plankan dengan teliti. Antara permainan video “high end ” terkenal seperti contoh Battlefield, Call Of Duty dan lain-lain di mana kita boleh lihat bertapa telitinya visual untuk games-games tersebut. Pada peringkat pra-produksi juga, ada proses di mana “games design” di hasilkan. “Games design” tidak semestinya berkaitan dengan benda-benda grafik, art dan sebagainya. Games design dalam proses pembikinan permainan video lebih kepada mencorakkan babak-babak yang bakal berlaku dalam sesebuah games mengikut kepada stage, tahap kesukaran dan lain-lain untuk games tersebut. Pada peringkat ini juga akan berlakunya perbincangan tentang butjet, prototype iaitu aset akan di bina sama ada aset 2D atau aset 3D, sound effect dan sebagainya.

Perbezaan 2D & 3D (kredit: 3d-ace.com)

Masuk ke fasa produksi, di sinilah proses penghasilan games tersebut di buat, di mana pihak developer yang melakukan tugas masing-masing hasil daripada perbincangan pada fasa pra-produksi. Kemudian, apabila siap games tersebut, pihak “developer” akan lakukan proses alpha, release ataupun beta. Dimana tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang games tersebut dengan memberikan kepada pengguna untuk cuba “test”. Ada juga sesetengah developer games akan memberikan upah kepada sesiapa yang melakukan test. Setelah selesai proses tersebut, maka games tersebut sedia untuk di pasarkan. Dalam waktu yang sama team marketing akan mempromosikan games tersebut untuk melakukan hebahan kepada orang ramai.

Fasa terakhir adalah post-produksi. Sama juga seperti filem apa yang bezanya adalah, post-produksi games lebih kepada mantainance, update sesuatu dan sebagainya. Sebagai contoh games yang terkenal ketika ini iaitu Mobile Legend, setiap bulan pasti akan ada update untuk watak baru, update cara permainannya. Begitulah fasa post-produksi untuk games di mana ianya lebih kepada update sesuatu.

Itulah sedikit sebanyak penerangan secara ringkas tentang proses penghasilan permainan video. Sebetulnya pembikinan permainan video ini tidak mudah kerana setiap gerak kerja perlu di teliti dengan sehalusnya bagi mengelakkan masalah masalah mendatang.

Kredit: Dinies Shuhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram